Saya lelah semenjak dua menjak ini. Apa yang berlaku di Selangor memang merunsingkan hati, melihat landskap politik negara yang kian buruk dan pudar keindahannya.
Di tengah keserabutan, saya cuba mencari kebenaran. Agar saya berlaku adil kepada semua pihak. Juga kepada diri saya sendiri.
Beberapa sumber telah saya rujuk. Baik yang menyokong mahupun membangkang. Baik yang mengkritik elok mahupun yang menghujam hentam.
Tapi, sehingga kini, saya masih tidak mampu membuat kesimpulan. Hatta untuk memberikan pandangan, saya tidak mampu.
Kebenaran seolah-olah mahu berselindung dan bersembunyi. Terdiam bungkam di balik wajah-wajah politikus yang semakin hari semakin sukar difahami.
Puzzle politik ini seakan-akan semakin berselerak.
Semakin saya cuba untuk menyusunnya dengan baik, semakin ia menjauhkan diri antara satu sama lain.
Oh, Tuhan.
Mungkin saya yang terlalu naif.
Mungkin,