Pages

Thursday, June 3, 2010

Optimislah!

Andaiku punya sembilan nyawa

Pasti kukirim buat mereka di sana

Namun hakikatnya nyata

Satu nyawa inilah yang akan ku bawa bertemu dengan-Nya

Mereka juga punya satu nyawa

Tapi andai syahid di sana

Mereka punya jawapan yang kukuh buat Yang Esa

Tuhan bersaksi bahawa mereka bangkit membantu saudara mereka

Nun jauh di seberang laut sana

Tapi bagaimana dengan diriku

Aku termangu kaku

Diam membisu

Apa jawapan ku di hadapan Rabbku


Diriku

Ummat sedang derita

Mana ada masa pejam mata

Tidur lena

Berpeluk tubuh sahaja

Apatah lagi menyumbang pada mereka

Musuh Allah yang nyata


Tapi

Aku juga hairan

Di mana mereka yang punya kuasa

Punya suara

Punya kata-kata

Mengapa diam seribu bahasa

Andai ketidak adilan terserlah di depan mata


Namun

Ku tahu

Di hujung jalan itu pasti ada sinarnya

Agamaku ini pasti ada yang membela

Sesungguhnya tentera Allah akan meneruskan perjalanan

Samada sedikit atau ramai bilangannya

Yakinlah dengan janji-Nya


Optimislah!




Saya kira ini bukanlah sajak mahupun puisi. Tapi ini hanya luahan dan jeritan suara hati saya sejak kebelakangan ini. Jika sumbang dan tidak puitis bahasanya, ampunkanlah saya.


Pesanan buat sahabat-sahabat yang akan berdemonstrasi pada esok hari, bawalah semangat dan hati saya bersama. Walaupun saya tidak dapat menyertai kalian, tapi ketahuilah bahawa hati-hati kita telah berpaut di bawah panji-Nya. Apa yang kalian rasa, itulah juga perasaan saya. Moga Allah menerima amalan kita.


~Ya Allah, bersaksilah bahawasanya aku amat menyayangi mereka…





2 comments:

  1. salam syu. maaf tak angkat phone atau reply msg smlm. phone abes bateri!
    yup trus bersemangat!
    love this very much! puitis gak student BAR nih

    ReplyDelete
  2. wslm..yeke...xpe2..
    alhamdulillah...dh selamat smpai kn..
    tp prjuangan tidak akn thenti d sini sj..
    tiada rehat dengan jihad!

    ReplyDelete