Bismillahirrahmaanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh...
A: "Eh, kenapa dia tak datang Qiyam semalam?"
B: "A'ah, liqa' hari tu pun tak pergi."
Kedua-duanya terdiam. Otak ligat mencari sebab. Namun sebagai manusia, kadang-kadang terdetik di hati pelbagai anggapan yang tidak berapa enak.
Manusia
Ya, hakikatnya kita adalah manusia. Penuh dengan pelbagai prasangka dan anggapan yang bukan-bukan akibat bisikan syaitan dan hawa nafsu. Nafsu yang tidak dijinakkan dengan iman tentunya. Allah, selaku Yang Maha Mengetahui sudah memberi manual kepada sekalian makhluk-Nya tentang penyakit merbahaya ini. Mutiara cinta-Nya yang berbunyi:
" Wahai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari prasangka itu dosa..." (al-Hujuraat:13)
Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan iman supaya jauhilah prasangka kerana ternyata sebahagian dari prasangka itu adalah dosa. Betapa kasih dan cintanya Allah pada kita, dengan izin-Nya berlaku satu kisah di dalam kehidupan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W supaya ummat ini tidak teraba-raba mencari panduan yang terbaik dalam kehidupan.
Pengajaran dari Sirah
Suatu hari, Sofiyyah, isteri baginda telah datang mengunjungi baginda tatkala baginda sedang ber'iktikaf, walhal pada malam itu sepatutnya bukan giliran Sofiyyah bersama Rasulullah. Baginda kemudiannya keluar untuk menhantar Sofiyyah pulang akibat malam sudah terlalu lewat. Tiba di suatu tempat, dua orang lelaki Ansar telah terserempak dengan baginda. Lalu kedua-duanya menjauhkan diri. Baginda lalu bersabda : "Tunggu sebentar, ini adalah Sofiyyah Binti Huyai". Lalu kedua-duanya berkata : "Subhanallah, wahai Rasulullah, kami tidak berfikir apa-apa pun sebentar tadi". Rasulullah lalu bersabda : "Sesungguhnya syaitan bergerak mengikut edaran darah anak adam, dan aku bimbang ia mencetuskan sesuatu di dalam hati kamu."
Subhanallah, betapa hebatnya tarbiyyah Rasulullah kepada para sahabat. Rasullulah sedaya upaya mahu membebaskan sahabat-sahabat dari prasangka yang seterusnya boleh membawa kepada dosa. Sebagai ummat baginda, telah terlalu banyak contoh dan teladan yang baginda tinggalkan, cuma tinggal untuk dibumikan fikrahnya. Atau mungkinkah kita hanya selesa untuk menghafal hadith 40 dan hadith-hatih sahih Bukhari dan Muslim lalu meletakkannya sebagai kisah sakral di dalam dada tanpa perlu diamalkan dengan sepenuh kudrat dan tenaga? Tepuk dada, tanya iman.
Jom
Jom kita sama-sama membersihkan hati kita dari prasangka. Kamu dan saya. Sama-sama kita berusaha. Ianya tidak mustahil, tapi perlukan sedikit mujahadah. Bukan ke kita seronok tengok orang-orang yang suka bersangka baik dan berlapang dada? Tentunya mereka memiliki hati yang bersih dan suci. Hati- tempat jatuh pandangan Tuhan.
Kadang-kadang orang tersalah sangka dengan bekas pencuri selipar yang tengah memegang selipar orang lain di masjid. Siapa tahu mungkin dia sedang menyusun selipar sebagai menyesali perbuatan buruknya yang telah lalu dan sudah bertaubat sepenuhnya dari tabiat buruknya itu?
p/s: jom, buat pecutan terakhir madrasah kita ni. Err, kalau dulu naik saga istimewa, sekarang kena naik ferrari pulak kot...laju sikit.. :]
Syukran
Wassalam
haha, macam adegan betul je? kalau tak nak bersangka, berkomunikasilah selalu^^
ReplyDeletejagalah hati, jangan kau kotori~
hehe..
ReplyDeletebtul apa yg k.maya kata tu...
communication is important..
yeah, misi menjaga hati ini butuh proses yg berterusan~