Pages

Thursday, October 7, 2010

Mengertilah~

“Eh, nape awak tak pakai tudung hah? Tau tak berdosa.”
“Apsal ngan awak ni? Kan ari tu saya dah kata couple tu tak boleh.”

Tabiat semulajadi manusia

Allah menciptakan manusia dengan pelbagai rupa, gaya, perangai, tabiat dan pelbagai lagi variasi yang lain. Ada yang baik, ada yang nakal. Ada yang taat, ada yang liat. Secara amnya, ini semua adalah sunnatullah untuk menjadikan alam ini berfungsi dengan sempurna. Manusia, yakni keturunan Adam Alaihissalam, tidak pernah sunyi dari dosa. Setiap hari, setiap saat, setiap ketika, manusia itu tidak pernah lari dari melakukan kesalahan. Sudah tabiat semulajadinya yang lupa, perlu kepada golongan lain untuk mengingatkan. Dan semestinya, untuk membangunkan golongan ‘istimewa’ ini, perlu kepada seni dan warna-warni.

Kadang-kadang, kita melihat orang yang melakukan kesalahan dengan pandangan yang cukup sinis dan menjengkelkan. Paling tidak akan terdetik di hati “tak tau ke tu salah?” Adilkah? Berhakkah kita menghukum orang sedangkan kita sendiri tanpa sedar diselimuti dosa?

Sirah- ‘Ibrah dari sejarah

Kaki arak. Pernah tanam anak perempuan hidup-hidup. Samseng dan gedebe hatta pernah bercita-cita untuk membunuh manusia paling agung kesayangan ummat. Bertanyalah kepada sesiapa pun, mereka tidak akan pernah yakin manusia yang satu ini akan berubah. Sampai satu ketika, terungkaplah kata-kata: “takkan Islam manusia yang bernama Umar itu, selagi keldainya belum Islam” untuk menunjukkan betapa mustahilnya dia untuk memeluk Islam.

Tapi, hidayah itu hanya milik Allah. Semata-mata. Berkat doa Rasullullah, Allah telah memilih dia, Umar Al-Khattab untuk bersama-sama menguatkan Islam. Saidina Umar telah mewakafkan seluruh kehidupannya untuk perjuangan ummat demi membayar ‘hutang-hutangnya’ semasa jahiliyyah.

Siapa sangka orang yang paling keras hatinya dan perbuatannya berubah menjadi orang yang banyak berjasa untuk agama setelah dijirus dan disental dengan Aqidah Islamiyyah, cinta pada Tuhan yang satu dan juga cinta pada Rasul akhir zaman.

Berpegang teguh pada agama nenek moyangnya ditambah pula dengan hatinya yang keras, mencair saat mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Tapi, kitab yang sama ini tidak mampu untuk mencairkan dan melembutkan serta menembusi hati batu ummat zaman kini biarpun telah mewarisi Islam secara warisan dan turun-temurun.

Ajari mereka itu hikmah
Justify Full

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

“ Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk” (An-Nahl:125)

Letaklah diri kita di-dalam-kasut-mereka. Cubalah untuk memahami situasi dan latar belakang mereka. Tidak aci untuk main pukul rata terhadap semua orang. Kadang-kadang keadaan sekeliling serta latar belakang keluarga menyebabkan mereka begitu. Dan setiap orang ada potensi untuk berubah menjadi lebih baik. Tidak ada yang terkecuali.

Dan jangan sesekali lupa untuk berdoa kepada pengislahan mereka. Bukan mereka sahaja, buat diri kita juga. Itulah senjata kita yang paling ampuh. Kita hanya mampu untuk berusaha, dan pada Tuhan sahajalah kita berharap. Siapa tahu Allah akan membuka pintu hati mereka suatu hari nanti? Dan tidak mustahil juga mereka akan berada di barisan yang paling hadapan sambil memegang panji-panji Allah dan memikul amanah Rasulullah.

Optimislah! ^_^

4 comments:

  1. yup. sorg da'ie tu kena blajar lagi cr menegur yg betul2 berhikmah. *peringatan utk diri jugk*

    kena empathy n niat lillahi ta'ala. mhn Allah permudhkan niat kita. lgpun stp mnusia kn ad background bbeza..

    ReplyDelete
  2. a'ah, ni pun peringatan untuk diri Syu jugak...
    sama2 kita mengingatkan eh...
    Dhiah dok jauh ngat dkpon..
    susah nk jupe..:(

    ReplyDelete
  3. betul sgt syue.. sgt2 suke pada entry nie..
    act, we must hate a sin, not the sinner.
    sama-sama lah kita menjadi penegur, penasihat dan bukan penghukum :)

    ReplyDelete
  4. all praise to Allah...
    Dia yg mengilhamkan Syu utk tulis entry ni...
    Ya, sama2 kita mnjadi anasir at-taghyiir...

    ReplyDelete