Pages

Thursday, December 23, 2010

Pesanan




Dulu, ustazah ada pesan dalam kelas. Sebelum dia pergi haji. Dia pesan dua benda. Pertama, bila bangun dari tidur, baca doa bangun tidur dan lepas tu buang segala hasad dengki yang ada dalam diri . Kedua, doa dalam hati, ya Allah, hari ni aku nak menuntut ilmu. InsyaAllah, Allah akan ada dalam setiap perjalanan kamu sepanjang hari tu.


Hari tu, masa muhadharah, ustaz ada pesan. Kata ustaz, perbanyakkanlah amalan. Kata ustaz lagi, orang sekarang banyak ilmu tapi kurang beramal. Buktinya, zaman sekarang ramai je orang yang ada phD, orang bijak pandai. Tapi dunia makin tunggang terbalik. Orang zaman dulu tak ramai pun yang dapat belajar sampai tinggi tu. Contohnya, arwah Ustaz Fazdil Nor, Tok Guru Nik Aziz. Tapi ilmu mereka berkat. Amal mereka kuat. Fikrah mereka tepat. Jadi rujukan masyarakat.


******


1. Pesan murabbi/murabbiah itu bukan saja-saja. Biasanya, pesanan itu dari perjalanan pengalaman hidup mereka semasa bergelar pelajar. Dan sekarang mereka masih seorang pelajar. Pelajar di sekolah kehidupan.


2. Orang mukmin itu pergantungannya hanya pada Allah. Semata-mata.


2. Penting untuk punya ilmu. Tapi lebih penting lagi untuk beramal dengan ilmu yang Allah kurnia.


~sedang membumikan ikrar hayaati kulluha lillah menjadi fikrah. Moga Allah redha.

No comments:

Post a Comment