Bismillah
Orang penting Mesir
Sekarang musim pilihanraya di Mesir. Sama ada kita mahu ambil peduli atau tidak, terpulang lah. Prosesnya agak panjang dan memeningkan, tetapi ada yang dapat kita fahami di situ. Sesiapa yang dapat merasakan ada sesuatu yang istimewa pada Mesir, pasti menanti-nanti pilihanraya ini, serta akan mengikuti prosesnya dengan tenang dan sabar, dan menganalisa beberapa aspek yang berlaku sepanjang tempoh ini berlangsung.
Mesir- dibuka pada tahun 20 hijrah, diketuai oleh Amr bin Al- 'As. Sebuah negara yang mempunyai sejarah yang panjang, pernah dipentah oleh raja dan diktator. Menyaksikan kebangkitan Islam yang hebat pada akhir 1920-an. Negara yang berkongsi sempadan dengan Palestin. Ah, terlalu banyak yang ingin diceritakan. Yang pasti, perubahan yang bakal berlaku di Mesir selepas pilihanraya ini, sedikit sebanyak akan mempengaruhi perubahan di Timur Tengah khususnya, dan umat Islam di seluruh dunia amnya.
Sedangkan Israel sendiri mengambil berat dengan proses pilihanraya ini.
Masih tidak mahu ambil tahu?
Kan saya dah kata tadi, terpulang lah.
Tetapi, jangan marah kalau saya katakan bahawa, "anda sebenarnya tidak memberi peluang kepada diri anda untuk menjadi bahagian daripada sejarah!".
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment