*tulisan ini sekadar perkongsian pengalaman dan pendapat. agak bersifat peribadi.mungkin.
bismillah.
Dah lama tak tulis post baru. Tak boleh jadikan exam sebagai alasan pun. Tak relevan langsung. Nak kata buntu untuk tulis apa, lagilah tak logik. Irshad Manji, pilihanraya Mesir, revolusi Syria yang dah setahun dan makin teruk, hunger strike di Palestin, dan berjuta-juta isu lagi yang boleh ditulis. Alasannya ada pada diri sendiri.
Start exam 19 Mei hari tu, tapi sampai sekarang belum habis. Tapi tinggal lagi satu paper, 8 Jun. Banyak hari jugak gap. Dan banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum balik, eh bukan, sebelum mukhayyam. Moga Allah permudahkan urusan-urusan ni semua, ameen.
Hari tu, ada terdengar kat radio ikim, pasal doa. Biasanya orang ambil mudah je doa ni, sebab hari-hari buat. Dah jadi macam ritual. Takde perasaan atau keinginan untuk memperbaharui doa, atau check balik doa kita. Semata-mata doa. Kiranya macam pelengkap solat je lah. Kalau tak doa kang, nanti jadi hamba yang sombong pulak. Tu je dalam fikiran kita.
Tapi pernah tak kita fikir, kadang hati kita tak senang walaupun dah berdoa. Walaupun kita rasa kita dah mintak sungguh-sungguh kat Allah, nak-nak di musim exam ni. Walaupun kita rasa tawakkal kita itu ialah setelah kita berusaha dan berikhtiar dengan segenap tenaga yang kita ada. Perasaan yang sukar digambarkan, boleh kata hati tak tenteram, jiwa tak tenang, gelisah semacam.
Ustazah tu cakap, antara salah satu sebabnya ialah kita hanya berdoa untuk diri kita sendiri. Ya, DIRI SENDIRI SAHAJA. Apalah salahnya kita doa untuk orang lain sama. Kalau kita berdoa supaya Allah lapangkan dada kita sepertimana Allah lapangkan dada Rasul-Nya, kita pun kena minta doa supaya Allah lapangkan dada semua sahabat kita, roomate kita, course mate kita, ikhwah akhawat kita, dan semua orang yang ambil exam. Kalau kat dalam exam hall tu, kita angkat tangan dan berdoa supaya Allah mudahkan kita dan semua orang yang exam hari tu untuk jawab soalan, dan berikan kejayaan di dunia dan akhirat. Dan semoga Allah bantu kita dan semua orang untuk sama-sama kita betulkan ibadah dan akhlak.
InsyaAllah, ianya akan sedikit sebanyak membantu perasaan kita supaya lebih tenteram, tenang dan damai. Bukan ke bila kita doakan kebaikan untuk orang lain, kita akan dapat kebaikan yang sama. Itu janji Allah. Inilah sifir yang Islam ajar, makin kita beri, makin banyak yang kita dapat, dan takkan berkurang sedikit pun.
Bercakap tentang doa lagi, jangan lupa untuk terus menghantar doa kat semua orang Islam di seluruh dunia. Baik yang terlibat dalam peperangan, terkena musibah dan sebagainya. Itu juga tanda kita bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri, tanpa kita lupa kepada orang lain yang di dalam kesusahan.
Saya suka tengok gambar, tambah-tambah gambar yang real, yang professional photographer punya. Hari tu tengok la kat satu website ni, boston.com. Kat dalam website ni, dia tunjuk gambar-gambar peristiwa yang berlaku kat seluruh dunia, contohnya supermoon bulan Mei hari tu, Victory Day kat Russia, dan macam-macam gambar yang superb dan amazing. Dan ada satu part ni, dia tunjuk gambar-gambar "Food and nutrition crisis in Sahel region of Africa". Contohnya kat Chad, Mali, Burkina Faso, Senegal dan lain-lain. Dah sampai tahap severe dah. Sampai budak-budak kena bagi makan ikut hidung, bukan ikut mulut. Dia panggil 'nasal feeding tube'. Kesian sangat. Allah.
Terus teringat nikmat teh ais (ni yang terutamanya), nasi goreng kampung, bihun kung fu, mee sizzling dan sewaktu dengannya yang Allah bagi. Yang kat dalam peti ais kat rumah tu tak payah cakap la. Macam-macam ada. Diorang kat sana mesti tak pernah rasa semua ni. Kalau ikut hati, memang nak hantar segala bantuan makanan dan perubatan kat diorang.
Jadi, salah ke nak makan semua makanan sedap-sedap ni bumi Malaysia yang kaya dengan makanan ni? Tak salah. Tapi berpada-padalah. Beringatlah sama. Sambil makan tu, doakan ummat kita sama. Supaya Allah cukupkan mereka. Supaya Allah melimpahkan rahmat ke atas mereka dan kita semua. Supaya Allah ganjari kesabaran mereka dengan pahala yang berlipat kali ganda. Ameen.
Bila kita doakan orang lain, percaya lah, hati kita akan selalu aman dan tenang. Bila kita doakan orang lain, kita akan pijak ego kita dalam-dalam, sebab kita tak akan fikir diri kita je. Kita nak kebaikan Allah tu bukan hanya untuk diri kita, tapi untuk manusia seluruhnya. Teruskan untuk berdoa dan syukur.
Dan ingat, sedalam mana kesyukuran kita pada Allah, sedalam itu jugalah ketenangan yang Allah akan berikan untuk hati kita.
Nak ke tak nak ketenangan dari Allah? Dah besar panjang untuk berfikir.
Wallahua'lam.
__________________________________________________
*maaf lah. tulisan tak ikut skema yang betul. penangan exam kot.
sekali sekala tak ikut skema pun ok :-) masih di landasan sama kan. winkwink
ReplyDelete:)
Delete