aku pasti kat dalam hidup ni, semua orang pernah nakal. pernah buat
silap. baru belajar nak jadi baik. pelan-pelan. sikit-sikit. contohnya,
budak-budak. aku rasa macam tak berapa normal kalau dia tak nakal. tapi kau
kena bezakan antara nakal dan jahat.
mizan angguk. ok. teruskan
dan walau macam mana hebat pun kenakalan yang dia ada, takde orang
kat dalam dunia ni yang boleh terima teguran kasar-kasar dan menyakitkan hati.
even teguran yang negatif pun ada side effect.
contohnya?
ok. kalau kau nampak adik kau yang umur lima tahun suka lari-lari
dalam rumah, buat kau serabut nak tengok tv, macam mana kau tegur dia?
aku bongsu. takde adik.
ok, fine. istisyhad diam.
mizan dah tak tahan nak gelak. ok ok. kalau aku la, aku akan tegur
dia macam ni: faiz, jangan lari-lari dalam rumah. kakak amek hanger jap gi baru
tau.
pergh. garang gila. memang patut kau takde adik.
kau rasa tak yang teguran kau tu adalah ugutan?
err. bukan setakat rasa. memang aku ugut dia pun. tapi
kadang-kadang anoyying la wei..
cop-cop. kau rasa dia nak dengar cakap kau?
ntah. tapi sepanjang pengalaman aku dengan sepupu-sepupu aku yang
kecik-kecik, kalau mak diorang larang something, lagi nak buat ada la.
agak-agaknya kenapa?
maybe sebab rebel kot. plus ego. benda yang orang larang tu la
yang paling seronok nak buat. manusia kan makhluk yang pelik.
you got the point.
kita yang menegur pun dapat something.
treat others as you would like to be treated.
--
istisyhad dah siap dengan bahan-bahan. pisang, tepung dan gula.
tiba-tiba mizan tercongok di pintu dapur sambil letak tuala atas
bahu.
kau nak mandi ke?
haah. kau bukak heater tak tadi?
tak.
habis tu kau mandi tadi tak pakai heater ke?
tak.
peh. kulit kau cap apa ha?
cap buaya. kot. istisyhad acuh-tak acuh. sibuk menggoreng.
besar gelak mizan. kau ni. memang tak boleh blah. muka stone je. eh, semalam aku nampak kau sembang dengan makcik imarah sebelah.
sejak bila kau berkenalan dengan dia?
baru semalam.
serius? tapi bukan main rancak kau sembang ngan dia, macam dah
lama kenal.
istisyhad sengih. kau ingat tak aku pernah cerita ada sorang
makcik ni tengok aku macam semacam je? sampai aku tak selesa.
aah, ingat. dia ke orangnya?
istisyhad angguk. kau tau nape dia tengok aku macam tu?
entah. tapi memang orang arab suka tengok kita macam tu. kadang-kadang
aku rasa macam alien.
tapi makcik ni ada sebab.
sebab?
dia pernah jumpa aku kat klinik gigi. masa tu aku nak bukak braces
aku. dia tegur aku tanya pukul berapa. aku sempat tengok dia sekilas je sebab
dah sampai turn aku. so aku tak cam sangat la muka dia, tak tahu pun yang dia
tinggal area sini.
oh, patut la.
istisyhad angkat cekodok dari kuali.
mula-mula sampai sini dulu, aku rasa offended gak bila orang
tengok aku semacam je. tapi lama-lama, aku dah lali. aku dah faham nape diorang
macam tu.
nape?
ni teori aku la. kalau kau kat malaysia, jalan kat bukit bintang,
tengok orang arab pakai niqab dan hitam semua, attract attention kau tak?
agak la.
nape?
sebab dia lain dari orang lain. pelik sikit.
tu la point dia. kita kat sini
minoriti. orang perceive kita as a foreingner. berbeza budaya dengan diorang.
orang kat sini, semua pakai jubah atau kain, kau pakai baju kurung. pelik la
diorang tengok kebun bunga bergerak.
haha. kebun bunga bergerak.
lagi satu, aku perasan jugak kadang-kadang kita sombong tak
beragak dengan diorang ni. sibuk dengan handphone memanjang. atau langsung tak
tengok sekeliling. kononnya kita hebat sangat. aku tak kata orang lain. aku
selalu beringat jugak benda ni.
tu la kan? diorang adalah masyarakat kita kat sini. macam mana
kita treat masyarakat kita kat malaysia dengan baik, macam tu la kita kena
treat diorang kat sini.
setuju.
aku baru tengok video dr. tariq ramadan semalam, cerita pasal how we treat our society. dia cakap, kadang-kadang kita hanya diselaputi oleh persepsi dan pandangan-pandangan yang tidak berasas mengenai masyrakat di sekeliling kita.
change your side, change the way you look at the people. stop judging them. they don’t know the truth.
memang pun, kadang-kadang diorang tak tahu pun ini betul, itu salah. buat macam ni, jangan buat macam tu. dan tugas kita adalah untuk mendidik. dengan penuh hikmah dan kasih sayang. supaya semua orang rasa yang Islam ni adalah rahmat untuk seluruh alam.
mizan angguk. sambil tangan cuba menggapai cekodok yang masih panas.
pap. weh, pi mandi dulu la. baru makan.
alaa. kasi aku satu je. teliur.
tak boleh.
fine. mizan menuju bilik air.
by the way, kau dah jadi macam sun tzu sejak baca art of war tu. garang tak beragak.
istisyhad sengih. well, i'll take that as a compliment.
bekas plastik segi empat dicapai. dia memasukkan sebahagian cekodok yang digorengnya ke dalam bekas itu.
ada rezeki lebih, kita bahagi-bahagikan. biar orang lain dapat rasa sama.
biar jadi rahmat untuk semua.
likeeee! XD
ReplyDelete