Pages

Sunday, June 9, 2013

diam



kau ada masa sekejap?

kenapa?

jom duduk kat situ jap. sembang-sembang.

jom.

jam menunjukkan hampir 11.30 malam. suasana di mahallah masih bernyawa dengan pergerakan keluar masuk yang tidak putus-putus.

setelah mengambil tempat yang strategik, mata dihalakan ke arah jalan. melihat students yang baru balik studio menggalas pembaris dan bazuka beserta model bangunan.

esok ada presentation agaknya. ujarnya di dalam hati.

kau ok?

dia senyum nipis.

kau ni. macam la tak tahu yang aku paling tak suka orang tanya aku soalan tu. seolah-olah nak beritahu aku, kau memang tak ok kan?

nunu menahan gelak.

ok silap-silap. ada apa-apa yang nak diceritakan ke?

haa. it sounds nice. 

yuyu menarik nafas.

aku dah besar kan. dah grad pun. sekejap je masa berlalu. tiga tahun aku kat sini, macam-macam aku belajar. yang paling banyak aku belajar ialah macam mana nak jadi diri sendiri.

nak jadi diri sendiri.

nunu mengulang ayat tersebut.

dan aku belajar macam mana nak deal dengan orang lain juga. dan dalam ramai kawan-kawan yang aku ada, baik dalam tarbiyyah, kelas, society, aku perasan cara aku treat setiap orang tak sama.

betul. aku setuju.

kau pun perasan?

nunu angguk.

contoh?

emm, kalau dengan nanad kau lain. kau banyak bincang tentang idea. tentang logik. tentang pengalaman. kalau kau berbual tentang perasaan pun, biasanya akan happy ending.

haha. banyak la kau. lagi?

kalau dengan aku, kita bercerita banyak soal masa depan. dan perasaan jugak. lebih open. aku rasa kita agak serasi.

sebab?

mungkin sebab kita banyak persamaan. kau selalu cakap yang kau garang, tapi aku anggap muka kau garang by default. dan sepanjang perkenalan aku dengan kau, aku tak pernah pun kena marah atau terasa hati dengan kau. sebab tu aku kata kita serasi. banyak persamaan antara kita.

hmm.

suasana kembali diam.

you're such a good observer. yuyu bersuara.

well. nunu sudah mengangkat tangan tanda bangga.

tapi ada satu benda yang aku simpan sampai sekarang. semacam ada tempat di dalam hati aku yang tak benarkan aku padam perasaan bersalah tu.

perasaan bersalah kau pada orang ke?

yuyu mengangguk perlahan.

aku tak pernah berterus-terang pasal perkara ni dekat orang tu. aku pun tak tahu kenapa. mungkin aku tak mahu terlalu justify sesuatu. kadang-kadang aku biar je orang nak fikir apa bila tengok sesetengah tindakan aku. aku boleh je nak justify- saya buat ni sebab.., saya buat tu sebab....tapi bila aku fikir balik, letih la nak kena justify semua benda. dan untuk terlalu bercerita semua benda, totally bukan diri aku. kau pun tahu tu.

tahu. sangat. tapi sometimes few things need to be justified.

aku setuju. that's why dalam usrah hari tu aku bagitau, aku terangkan kat semua kenapa aku lebih suka balik jalan kaki lepas balik meeting. sebab penolakan aku untuk naik kereta malam tu, menimbulkan tanda soal di kepala banyak orang. bila melibatkan banyak orang, aku jadi tak sedap hati. sebab tu aku buka cerita dalam usrah.

hmm. nunu menarik keluhan berat.

kalau boleh aku tahu, kenapa kau rasa bersalah dengan orang tu?

yuyu kembali memndang jalan. gelap. tiada pergerakan.

masa short sem lepas, dia ada offer aku untuk pegang jawatan. pertama kali dia bersuara pada aku tentang tu, aku memang tolak habis-habisan. aku cuba untuk mendengar penjelasan dia, sebab-sebab dia pilih aku. tapi aku tak boleh terima. tambah-tambah bila dia sebut kekurangan dia untuk jawatan tu, dan sebut kelebihan aku yang wajar untuk duduk di situ. bila dengar macam tu, lagilah aku tolak. dan seriously, aku tolak macam tu je.

lepas tu?

end of story. aku tak pernah bangkitkan isu ni kat mana-mana dah lepas dari hari tu. baik time aku makan dengan dia ke, jalan dengan dia ke, sembang-sembang dengan dia ke. aku tak pernah sebut sikit pun.

tapi aku tak faham kenapa kau rasa bersalah.

kalau kau kat tempat dia, minta tolong dengan ukhti kau sendiri, sesuatu yang kau rasa sangat berat dan perlukan bantuan yang teramat sangat, tiba-tiba orang tu buat tak tahu, atau dengan kata lain buat bodoh je. apa kau rasa?

lebih dari sedih.

itu perasaan aku. lebih dari sedih, lebih dari bersalah.

tapi kenapa kau buat macam tu? maksud aku, kau tak cuba memberi solusi?

aku tak pasti adakah dia terasa dengan tindakan aku macam tu atau tak rasa apa-apa. tapi, apa yang jelas dan nyata, aku tidak menolong meringankan. dengan cara kebanyakan orang.

maksudnya?

itu cara aku treat dia. aku tak memberi solusi, kerana aku yakin dia punya. aku tak memberi tangan, kerana aku yakin dia sudah punya lebih dari itu. aku tak cuba bangkitkan isu, kerana aku tak mahu dia larut dengan perasaan tidak yakin dengan diri sendiri.

aku mahu dia tahu, diamnya aku, tanda aku menyokong dia. lebih dari segalanya. dan itu cara aku untuk dia.

macam mana untuk dia tahu, kalau kau tidak beritahu?

biarlah. biar dia ingat diam aku ini. sampai bila-bila.

yuyu membuang pandang ke langit. dalam diam dan pekatnya malam, bintang bercerita dengan kelip-kelipnya.



___________________
selamat hari lahir. maaf lambat.

2 comments: