Pages

Friday, June 28, 2013

utopia

  semoga nil mengalir dengan lebih tenang


 kalaulah menukar pemerintahan itu semudah mengutip tandatangan berjuta-juta yang tidak menyokong--

apakah maknanya beratur panjang tengah-tengah panas tahun lalu untuk memangkah dan mencalit dakwat kekal?

kalaulah menukar pemerintahan itu membuatkan kita berbunuh-bunuhan dan menyimbah darah--

apa yang tinggal untuk masa depan bangsa supaya terus memajukan lembah nil?

utopia oh utopia.
angan-angan terlalu lebat melangit sehinggakan kaki tidak mencecah bumi.
bercakap menyembur air liur ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri.

tak salah untuk ber-utopia.

tapi
biarlah pandai makan, pandai buang. bukan rata-rata.
biarlah pandai cakap, pandai pegang. bukan tipu-tipu.
biarlah pandai tulis, pandai jujur. bukan tabur yang palsu-palsu.
biarlah pandai guna senjata, pandai bela manusia. bukan hujam sini-sana.

sebab tu lah sahabat kata- perbaiki diri, serulah yang lain.

dah kalau yang menyeru dan yang diseru tak sampai seru, haru biru lah.
hanya tahu bakar, bunuh, roboh.
ceroboh.

dan tinggallah orang-orang yang mengadap langit menadah tangan menyebut-hasbunallah wa nikmal wakkel.

menggila dan menggerila dalam harapan yang menjulang kepada pemilik bumi dan langit, pekat percaya- wa makaruu wa makarallah.

antara ketakutan dan harapan, ada keyakinan untuk sesuatu yang pasti dijanjikan.

kerana utopia kita jauh melepasi batasan dunia.


280613
diraasat-mansourah.

No comments:

Post a Comment