Mungkin kerap kali kita meremehkan potensi dan daya juang orang
lain; walaupun tanpa sedar yang mungkin teremehkan itu ialah orang yang paling kita sayang-
sahabat handai yang paling kamceng, adik-beradik yang paling rapat, atau mereka
yang dahagakan kata-kata semangat yang tulus ikhlas bagi membajai perasaan redam mereka.
Cuba-
Masukkan hati dan perasaan kita ke dalam kasut mereka.
Apa rasanya?
Tepuk hati, tanya diri sendiri.
Sebab itu,
aku selalu mengajarkan hati kecil sendiri supaya tidak menelan atau meneguk tanpa tapisan-
kata-kata yang berupa remehan, cemuhan, ketidakyakinan, sinis,
merendah-rendahkan- pada setiap apa yang aku perbuat; sudah pastilah sesuatu yang
masih berada di atas landasan yang sepatutnya.
Kerana jika aku terlalu peduli,
itu sama sekali seperti aku menghina dan memperkecilkan potensi dan harga diri sendiri.
Aku tidak mampu menjadi orang lain; menjadi orang yang orang
lain inginkan aku menjadi.
Kemampuan aku-
Usaha, masa dan kurnia Tuhan yang akan menentukan.
No comments:
Post a Comment