Nad kata:
Bila orang baru kahwin tanya minta pandangan, beri pandangan saja plus sedikit buah fikiran yang membuka minda. Jangan beri jawapan, apatah lagi memaksa untuk diterima jawapan itu. Tahu kenapa? Kerana mereka pada akhirnya akan berkata:
"oh, macam tu ehh. nanti saya tanya suami saya dulu."
Begitu.
Syuhada kata:
Pada setiap pilihan yang ada, harus diputuskan salah satu dari kesemuanya. Ya, salah satu. Meskipun ada kekurangan pada yang satu itu, hakikatnya, pada pilihan-pilihan yang lain juga tidak sunyi dari kekurangannnya yang tersendiri. Berani untuk membuat pilihan setelah istikharah dan musyawarah- tanda kematangan dan kedewasaan seorang individu.
Jangan takut menjadi dewasa.
Cikgu Zainab kata:
Semua manusia ada jalannya sendiri. Ada yang menemui jalan kejayaan setelah menempuhi jalan yang cukup panjang. Ada pula yang sebaliknya.
Dan jalan Tuhan ditemui oleh semua yang ikhlas.
Syuhada kata:
Belajar untuk menempuhi sendiri. Pada tiap-tiap manusia Tuhan sudah tetapkan rezeki baginya, dan tidak perlu untuk iri dengan rezeki yang Tuhan telah aturkan untuk manusia lain. Gali dan cari potensi sendiri. Usaha. Panjang atau pendek jalannnya, terpulanglah. Pada tiap-tiap keduanya, jika dipenuhi dengan keikhlasan dan kesungguhan, pasti Tuhan akan iringi dengan kejayaan dan keberkatan.
29:69.
--
sedikit-sedikit Allah 'usik' tu biasalah.
straight roads do not make skillful drivers.
this is random. dan berselerak.
No comments:
Post a Comment