Berat.
"Tak serik-serik lepas kena marah pasal kes hari tu. Ada ke patut dia kejut kawan-kawan dia bangun subuh pukul tiga pagi. Kawan-kawan dia semua bangun lah. Ye lah, mereka semua mana ada jam. Tengok-tengok baru pukul tiga rupanya. Aku pun terbangun sama tahu tak," Imran bercerita dalam geram. Dia mengepal kedua-dua belah tangannya akibat terlalu marah.
"Agak-agaknya, kenapa dia buat macam tu?" Anisah bertanya. Tangannya asyik mengurut dagu dan keningnya berkerut.
Suasana diam.

"Hmmm," Hanin memecah kebuntuan.
"Saya tak berapa nak kisah sangat kalau buli secara verbal, ataupun setakat nak ejek-ejek, lawan mulut macam tu. Tapi ni dah masuk kes buli secara fizikal. Kalau mati anak orang nanti, siapa nak jawab?"

"Itu la pasal," Sulaiman mengiyakan keresahan Hanin.
"Kejap. Pasal soalan saya tadi, ada orang nak tolong jawabkan? Ustaz Sulaiman, Ustaz Imran, Ustaz Adam? Ustaz-ustaz lebih tahu pasal kes budak-budak lelaki ni. Lebih kenal mereka, terutamanya sikap dan perangai masing-masing. Mungkin budak-budak lain yang cari pasal dulu dengan dia kot?" Anisah bertanya tidak puas hati.
"Nak cari perhatian?"
"Memberontak barangkali?"
"Tak pasti la kenapa dia buat macam tu. Tapi dia memang suka naik tangan. Kaki sekali," Adam cuba menjawab persoalan yang rumit itu.
Anisah tahu. Sudah beberapa kali dia melihat insiden-insiden itu. Pantang orang lain salah sikit, dia mula nak naik tangan. Kadang-kadang guna siku. Kalau lagi parah, kaki yang naik kat atas belakang orang. Kalau angin dia ok sikit, setakat jerkah nak tercabut anak tekak itu sudah biasa.
Anisah memang sudah lama perhatikan dia. Memang pada mulanya dia sangat geram terhadap pelajarnya yang seorang ini, baru masuk seminggu, sudah ragging sini sana. Padahal baru darjah enam. Padanlah para senior tidak sukakannya. Sebut saja nama Zulhilmi, semuanya macam ini, "Oh, dia tu? Hampeh."

Dia memang selalu saja keseorangan. Makan, turun solat subuh, masuk kelas. Tidak ada clan.
Tetapi, ada sesuatu yang Anisah tidak pernah ceritakan perihal kaki buli ini kepada rakan-rakan sekerjanya. Perkara itu merubah cara pandang Anisah terhadap budak lelaki tersebut. Ceritanya begini.
"Ustazah, emmmm, saya nak pinjam handphone, boleh?"
"Nak telefon siapa?"
"Nak telefon ibu sekejap."
Anisah memandang jam. "Tapi sekarang dah nak dekat pukul 11 malam. Tak mengganggu ibu ke? Mana tahu kalau-kalau ibu dah masuk tidur."
"Ibu belum tidur, Zah. Ibu biasanya tidur lewat sikit. Ibu buat kuih untuk jual pagi esok."
"Oh. Nah, ambillah."
Anisah menunggu di tepi Zulhilmi sambil membaca The Tipping Point. Sengaja dia berdiri tidak terlalu jauh agar dapat mendengar perbualan antara Zulhilmi dengan ibunya. Dia buat-buat sibuk menghadap buku, konon-konon begitu fokus dan khusyuk membaca, padahal telinganya dipasang kemas menangkap perbualan itu.
"Helo, bu. Ibu sihat?" Zulhilmi bercakap sambil menggosok-gosok matanya yang sedang menahan kantuk.

Anisah terpempan. Biar betul? Sesopan itukah Zulhilmi? Luluh hati Anisah mendengarnya. Lembut saja bicara Zulhilmi bertanyakan khabar ibunya. Kalaulah seseorang bercakap dengan orang tuanya sebegitu rupa, memang Anisah tabik spring betul. Lelaki pula tu.
"Kita tanya pengetua je la. Dia mesti lagi tahu nak buat macam mana dengan orang macam ni," Imran memecah lamunan Anisah.
"Pengetua ada ke?"
"Ada. Nak aku panggilkan?"
"Panggillah."
Beberapa minit kemudian, pengetua masuk. Kes tadi diceritakan kembali dengan penuh semangat oleh Sulaiman sambil disampuk oleh Imran serba sedikit.
"Kami risau kesannya ke atas pelajar-pelajar lain, terutamanya yang masih kecil. Darjah satu, darjah dua. Mereka takut."
"Saya telah memeriksa latar belakangnya. Saya pun tidak akan berkompromi dengan kes buli seperti ini. Serahkan kes ini kepada saya, biar saya yang uruskan," pengetua memberi jalan penyelesaian.
Semua orang menarik nafas lega. Selesai satu kes.
Pengetua berdehem seketika sebelum kembali menyambung percakapannya. "Kesian betul lah orang macam ni kan. Dah la miskin harta, miskin pula akhlaknya."
Anisah tersentak. Matanya memandang lantai. Lama. Kemudian dia bersuara: "err, saya nak ke dapur kejap. Nak minum air."
Mujurlah kerusinya yang paling dekat dengan pintu. Senang untuk keluar.
Tiba di dapur, Anisah mencapai gelas dan menuang air. Anisah cuba mengawal dirinya agar lebih bertenang. Hanya ada satu perkara yang disimpan bungkam.
"Siapa yang minta dilahirkan dalam keadaan miskin?"

Anisah mengeluh perlahan.
Tiba-tiba, ada suara yang menegur Anisah dari belakang.
"Ustazah, nanti, kalau ustazah ada masa free, boleh tak cerita kat saya mengenai Umar Al-Khattab ataupun Khalid Al-Walid?"
Anisah berpaling. Sirna kegelisahan di hati Anisah.
"Boleh, Zulhilmi. Boleh sangat!"
Ya, mungkin ianya sekadar baran.

No comments:
Post a Comment