Pages

Monday, February 10, 2014

a few honest men



Semalam. Lowyat punya cerita.

---

Sudah survey-survey harga barang yang mahu dibeli. Usai ke satu tempat, ucap terima kasih, menapak ke kedai-kedai seterusnya untuk meneruskan survey.

Bila lalu di depan satu kedai, kaki berhenti. Nampak macam ada barang yang dihajati, lalu cuba survey dengan dia pula berapa harganya.

Dia jawab sekian-sekian harga. Mahal sikit dari yang tadi, tapi harus tanya dulu, dapat apa dengan kadar harga sebegitu rupa. Mungkin ada yang extra satu dua.

Tanya punya tanya, biasa-biasa saja. Kaki dah mula diatur untuk mengorak. Tapi dipanggil lagi.

"Berapa dia bagi awak?"

Dia memang tahu survey ini bukan yang pertama.

"Lagi murah." Sekian-sekian harga.

Dia bincang dengan teman-teman sekerjanya. Sambil-sambil duduk tekan punat-punat kalkulator.

"Ok lah. Saya bagi awak ini." Sekian-sekian harga.

Kaki dah mula berjalan semula.

"Adik, tolonglah orang Melayu."

Sudah mula diolog kesian.

Dia sendiri sudah sedia maklum yang kaum lain jual lagi murah dari dia. Padahal tak cerita pun siapa yang tawar harga murah tu. Memang pandai dia teka.

"Kat mana-mana pun sama dik."

"Tak lah. Kalau tak buat apa saya datang Lowyat. Baik beli kat Gombak je."

---

Tak perlu pun nak runtun hati dengan sebut perkataan Melayu. Kalau tak cakap sekalipun, sudah terang lagi bersuluh yang kita ni sama-sama Melayu.

Cuma, jujur lah dalam berniaga.

Tak perlu tarik customer dengan cari tu. Bila tahu orang lain jual murah, baru terhegeh-hegeh nak jual murah. Cuba jujur dari awal. Tanya dulu apa yang orang nak, budget dia, apa yang dia boleh dapat dengan harga sebegitu.

Itu ini.

Kena ringan mulut dan nampak nak tolong orang buat pilihan yang tepat dalam lingkungan budget yang dia ada. Biar dia rasa untung dengan pelaburan yang dia buat.

Kalau nampak berusaha, jujur dan ikhlas, harga mahal sikit pun orang beli.

---

A few honest men are better than numbers.

No comments:

Post a Comment