Pages

Friday, May 28, 2010

Sumbanglah apa yang kita mampu

Bismillahhirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Pada saat entri ini ditulis, mungkin kapal-kapal kargo
(lifeline4gaza) sedang dalam pelayaran ke Gaza. Tiba-tiba saya berasa begitu kerdil dan bertanya pada diri sendiri, apa yang sudah saya sumbangkan untuk agama Allah? Sudahkah saya mencapai tahap bermanfaat pada orang lain seperti mereka?

Sesungguhnya mereka adalah insan-insan pilihan Allah. Mereka adalah insan- insan yang hebat.
Azam dan kemahuan mereka kuat. Sabar dan tetap mereka hebat. Bersungguh dan disiplin mereka ketat. Prinsip dan fikrah mereka tepat. Mereka benar-benar menghayati kalam Allah. Dalam surah At-Taubah, ayat 111, Allah berfirman:-

“ Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mu’min baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.”

Jadi, apa yang harus kita lakukan? Sumbanglah apa yang kita mampu. Kiriman doa tentunya. Titiplah doa buat mereka. Kita tahu bahawa doa adalah senjata bagi orang mu’min. Selain itu, ikutilah perkembangan perjalanan mereka ke Gaza di http://www.lifeline4gaza.org. Buktikan bahawa kita prihatin!

Tiada rehat bersama jihad.

Biar mati berkalang tanah, dari hidup bercermin bangkai.

Syukran, wassalam..

3 comments:

  1. thumbs up, quote ust Alias^^ nak quote syu pulak lenkali..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah...tp ambil masa barangkali... :)

    ReplyDelete
  3. yep jgn segan utk menyumbang pd dunia.dr sekecil2 sumbangan smpila yg besar, sumenye utk disembahkan depan Allah swt. allahuAkbar!!

    ReplyDelete