Pages

Thursday, July 8, 2010

Siapa lagi hebat?

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Bayangkan anda sedang bersiar-siar di tepi pantai. Betul-betul di gigi air. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Burung-burung terbang bebas di angkasa. Owh, lega betul rasanya. Terasa bagai dunia ini kita yang punya. Pepasir pantai yang halus dan bersih bagai membuat urutan yang melegakan kaki. Terdetik di hati kecil, dulu sewaktu zaman kanak-kanak suka benar bermain pasir. Tapi harus keluar senyap-senyap ikut pintu belakang bila kedengaran suara teman-teman memanggil. Jangan lupa pakai selipar. Nanti kuman masuk dalam kaki.
Itulah yang selalu dimomokkan oleh mereka yang dewasa. Sebagai anak kecil yang pendek akalnya, takut benar ancaman sebegitu rupa. Emm..apa yang nak dibuat dengan pasir ni eh? Akal ligat mencari idea. Syura bersama teman-teman berlaku. Akhirnya terbinalah sebuah menara tanpa nama yang di atasnya dikibarkan bendera Malaysia yang sudah habis dimakan gula-gulanya. Itulah idea seorang kanak-kanak. Tanpa ada pertimbangan sama ada kukuh atau tidak, main hentam sahaja. Walaupun tampak biasa, namun baginya itu adalah satu kejayaan yang membanggakan. Haih...hati mengeluh tanpa disedari. Itu dulu zaman kanak-kanak. Kanak-kanak hanya lihat pasir sebagai pasir. Tidak lebih dari itu.



Kini
Zaman makin canggih dan moden. Tak terkejar rasanya. Hinggakan pasir dijadikan seni.Tidak percaya? Saksikan video ini.


Beliau ialah Kseniya Simonova, seorang gadis dari Ukraine yang telah mengungguli pertandingan 'Ukraine's Got Talent 2009'. Terpegun melihat bakat yang ada pada beliau sekaligus bibir mengucapkan tasbih dan takbir kepada Tuhan empunya alam. Bakat dan imaginasi yang beliau ada menghasilkan karya yang cukup sempurna dan luar biasa. Tapi seorang insan yang memiliki sifat rabbani di dalam diri akan menyandarkan kehebatan dan kesempurnaan sesuatu pada Yang Maha Esa. Alam dan segala isinya yang begitu sempurna dan indah ini tentunya dijadikan oleh Al-Kahliq Yang Maha Sempurna. Belajarlah untuk melihat dan menilai sesuatu dengan mata hati. Berfikir dan terus berfikir hingga bertemu pada satu titik yang tiada jawapan. Di situlah hujung akal. "Hujung akal pangkal agama!", pesan ulama' terkenal buya Hamka pada umat.

Pesan Allah
Akhirnya, mari kita renung kembali firman Allah S.W.T dalam surah Ali- 'Imran ayat 190-191 :-

[190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.

[191] (Iaitu) orang-orang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata),"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka".

Ya. Bagi orang-orang yang berakal fikirannya selalu pada Allah. Tiada satu zarah pun akan bergerak kecuali dengan izin Allah. Benar-benar percaya pada sifat Allah, "kun, fayakun".



p/s: Tahniah pada Carles Puyol yang telah menanduk bola dengan cantik bagi memastikan Sepanyol layal ke final World Cup 2010. Bagi peminat-peminat bola sepak," fullamak...hebat betul la Puyol ni...". Tapi, jangat lupa, SIAPA LAGI HEBAT? Renung-renungkan dan selamat beramal.

Sekian. wassalam...

No comments:

Post a Comment