Pages

Monday, November 22, 2010

Betul?

Apa nak buat sepanjang cuti ni?

1. Main internet/facebook pagi petang siang malam

2. Bangun tidur bangun tidur bangun tidur

3. Tengok movie dari malam sampai subuh sampai lebam biji mata


4. Keluar lepak dengan kawan-kawan, jelajah seluruh shopping complex yang ada

Err, macam ni ke?

Hish....

Tak lah....
Banyak lagi benda lain yang saya/ kamu/ mereka/ kita boleh buat.



Antaranya (hanya cadangan):

1. Baca buku



2. Top up amalan-amalan sunat yang banyak diabaikan/ditangguhkan waktu exam dulu


3. Kemas rumah


4. Tanam pokok

5. Melancong




6. Belajar kemahiran-kemahiran yang bermanfaat



Dan banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang boleh difikirkan.
Itu cadangan semata-mata.
Untuk mengelakkan rasan bosan yang melampau, harus keluar dari rutin.
Buat sesuatu yang baru.
Yang tak pernah buat ke.


Tak pun, cuba tambahkan skill-skill baru yang bermanfaat.

Kalau suka memasak, cuba resepi-resepi lain pulak. Kalau dulu pandai buat kek coklat je, cuti ni, try buat cheese kek ke, tak pun peach cobler. Err, gratin pun sedap. :)



Kalau yang suka berkawan dengan alam, cuba pelbagaikan pokok-pokok yang ada kat rumah. Tambah pokok-pokok lain di samping pengetahuan baru tentang cara-cara penjagaan pokok dengan betul. Kalau rumah kita banyak pokok bunga, mesti cantik kan. Macam rumah pakcik ni.



Sebenarnya, mungkin tak susah untuk menghilangkan rasa bosan yang bertahta di hati di musim cuti begini.

Cuma perlu kreatif.

Ubah kebiasaan.

Tukar rutin.

Nak contoh?
Banyak.

Hassan Al-Banna menambah kemahiran membaiki jam sewaktu cuti semester.
Dan pernah merancang untuk menjadi pakar dalam bidang itu.

Anaknya Saiful Islam, pernah belajar kemahiran-kemahiran tertentu dalam percetakan buku.
Dan sehingga hari ini, beliau mengakui bahawa kemahiran itu sangat bermakna.

Dan seorang mukmin itu harus mempunyai kemahiran.
Kemahiran yang bermanfaat untuk diri dan umat tentunya.

Kata Abu 'Athaillah dalam syairnya:
"Sesungguhnya usia muda, kekosongan masa dan kemewahan, adalah punca kebinasaan seseorang dalam bentuk kebinasaan apa saja"

Hakikatnya, kita diberi kebebasan yang maksimum untuk menentukan dan menyusun agenda kita semasa cuti, selagi tidak bercanggah dengan syariat.

Betul?






















9 comments:

  1. betul2! kene jadi kreatif.
    apa2 pun boleh selagi dalam landasan syariat.
    klu agak2 tak mo buat sorang2..ajak la adek bradek. kwn sekampung. buat projek cuti sama2... best2! tq syu

    ReplyDelete
  2. klu nk cuti bermanfaat, mmg kene kreatif n RAJIN. huhu klu x, mmg rugi. suke post ni dgn gmba2 nye :) jzzk syu :)

    ReplyDelete
  3. salam.

    oh tenkiu syu!
    gambar2 nt letak ni sgt memudahkan pemahaman.

    ouuhhh peach cobbler...
    hlovate..
    hehehehe..

    yeahh ayah HAB kan pembaiki jam.
    n sebab dia baiki jam la dia dapat bergaul dgn ulama'-ulama'.
    ^_^

    jzk khair syu!

    ReplyDelete
  4. to asma': jom ajak ramai2.. lagi ramai lagi meriah :)

    to k. sofie: lama tak msg akak. sori.
    a'ah, kena kreatif n RAJIN- with capital letter ^_^

    to syaimaa' : heh. teringat hlovate plak die.
    ternyata pengisian masa diorg di waktu cuti sgt berbaloi. demi diri dan umat.

    ReplyDelete
  5. Betul! ^__^ jzkk,syu u give me an idea.... bosan gak duk rumah lama2..wuhuhu......

    ReplyDelete
  6. Kalau Ada kemahiran menjahit boleh ke dimanafaatkan jugakan?

    ReplyDelete
  7. to k. mun : bukan syu.. Allah yg beri ilham...thanks to Allah for the moon n the sun...(sambung sendiri lagu ni) :)

    to maklang : err, cam mana mak lang boleh jalan2 smpai sini ^_^ hehe..untung sangat siapa ada kemahiran menjahit...emm nak jadi anak murid boleh? *_*

    ReplyDelete
  8. alamak, lambat betul respon. tapi nak respon jugak, betul3! jzkk, heee ^_^ jom lumba tengok cuti siapa paling bermanfaat, hehe..

    ReplyDelete
  9. Mehlah dtg Rumah. Jumaat ptg Aunty free.. Boleh belajar jahit beg. Bawa kain2 nnt Aunty ajar;)

    ReplyDelete