Pages

Tuesday, November 16, 2010

Penghormatan














*******
Gersang.
Tandus.
Kering-kontang.
Tiada tanaman.
Tiada sumber mata air.
Tiada peradaban.
Seorang ibu dan anaknya ditinggalkan sendirian di bumi itu. Sang isteri pasrah dengan keputusan itu. Tiada rasa marah di hatinya. jauh sekali dendam. Setelah beberapa ketika, bekalan makanan habis. Anak itu menangis kehausan. Sepatutnya, bapanyalah yang memberi pelindungan. Memberi perhatian. Namun si bapa tiada di sisi. Si ibu mencari-cari sumber mata air tanpa putus asa. Bersusah-payah. Keseorangan di bumi itu.

Dengan izin Al-Khaliq, terpancutlah air dari bumi yang gersang itu akibat hentakan kaki anak kecil yang kehausan.

Suatu waktu, sang bapa pulang. Bukan dengan ole-ole. Tapi dengan satu perkhabaran. Ternyata, khabar itu utusan dari Tuhan.

Si Bapa : Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka, fikirkanlah apa pendapatmu.


Si Anak : Wahai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu. InsyaAllah, kamu akan mendapatiku termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar.


********

Dan Tuhan itu Maha Kaya. Satu pengorbanan yang tulus dan suci dibalas dengan perghormatan yang sama nilainya, bahkan lebih agung.

Sikap sang isteri yang tidak berputus-asa, tawakkal, dan benar-benar teguh keyakinannya pada Allah, telah Allah syariatkannya menjadi salah satu manasik di dalam ibadah haji.

Dan wujudnya sumber mata air yang dijanjikan Allah tidak akan pernah kering itu, kerana sikapnya yang sabar dan meyakini pertolongan Allah itu akan tiba.

Sikap sang bapa yang patuh menjalankan perintah Allah walaupun perintah itu amat berat dan sukar, digantikan Allah dengan pensyariatan ibadah korban.


Sikap sang anak yang soleh dan redha dengan dengan ketentuan Tuhan dan meyakini apa yang diimaninya, diberi ganjaran oleh Allah dengan pahala yang tiada tandingannya.

Ternyata, doa sang bapa kepada Tuhan untuk dikurniakan anak yang soleh, dimakbulkan.


Perbuatan dan amalan sebuah keluarga yang taat dan patuh pada perintah Allah, diberi penghormatan yang agung olehNya dengan pensyariatan ibadah Haji yang juga merupakan pelengkap kepada rukun Islam yang diimani.

**********

Pengorbanan insan-insan yang hebat telah meninggalkan ibrah-ibrah yang begitu bermakna untuk dihayati. Dan mungkin lebih baik jika diteladani.


Dalam kehidupan seharian, banyak yang perlu dikorbankan.


" Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hamba-Nya. " (2:207)


Ternyata. Pengorbanan yang dilakukan hanya kerana Allah, bukan sia-sia.


Siapa yang lebih tepat janjinya daripada Allah?

2 comments: