Pages

Thursday, November 4, 2010

Pak Guru

cerita pendek.

*cerita ini hanyalah imaginasi penulis sahaja.


Hari ini Nida’ periksa. Periksa yang tersusah antara semua. Mungkin. Nida’ agak sahaja. Mungkin bagi orang lain macam petik jari atau kacang goreng sahaja. Tapi Nida’ runsing. Runsing sebab rasa malas nak baca buku.

Hish, Nida’ dah tak tahu nak buat apa. Betul-betul buntu. Duduk dalam bangunan penuh buku dan orang berpusu-pusu pun tak boleh nak baca buku. Nida’ keluar sekejap, cuba cari inspirasi. Duduk di kerusi menghadap orang lalu-lalang dan keluar masuk bangunan empat tingkat penuh ilmu itu.

Tiba-tiba lalu seseorang yang Nida’ rasa macam kenal. Tapi Nida’ buat tak tahu saja. Orang itu jalan sorang-sorang tanpa siapa-siapa teman. Kemudian turun tangga. Kemudian hilang.

Nida’ tengok kiri kanan. Orang borak-borak. Orang bawa buku tebal dua tiga buah dan penuh beg. Orang salam-salam ucap selamat berjaya, bittaufiq wan najah, good luck dan ucapan-ucapan yang sama waktu dengannya. Hum…keluh Nida’ dalam hati.

Tiba-tiba, ting! Nida’ pusing kanan. Tengok orang yang Nida’ kenal tadi naik tangga. Dia beza dengan orang lain kerana jalannya dia bukan guna mata. Guna tongkat besi untuk cari arah merata. Di tangannya ada buku.

Tiba-tiba Nida’ rasa malu. Rasa nak sorok muka dalam baju. Malu dengan Tuhan Nida’. Malu dengan dua makhluk yang setia teman Nida’ kiri kanan siang malam. Nida’ ingat Tuhan tanya dalam kitab yang Nida’ cinta : “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”. Bukan sekali Tuhan tanya. Berkali-kali.

Nida’ tak tahu nak jawab apa. Banyaknya nikmat Tuhan Nida’ yang Nida’ dusta. Nida’ tengok dari atas ke bawah, dari bawah ke atas. Nida’ sempurna, Nida’ tak punya cacat cela, cukup sempurna sifat dan nikmat Tuhan beri. Orang yang Nida’ kenal tadi, tak cukup pancainderanya. Tapi ilmunya lebih tinggi dari menara.

Nida’ ingat masa duduk-duduk bertemu lutut dengan teman-teman, kita bicara tentang kufur nikmat. Kalau dah kufur itu, parah penyakitnya. Kalau boleh ambil ubatnya, mahu sepuluh dos orang-yang-pakai-baju-putih itu suruh telan. Biar cepat lega. Baru boleh celik mata-luas-luas pandang bumi Tuhan.

***

Hari itu Nida’ belajar sesuatu.

Sebenarnya setiap detik dalam kehidupan itu bisa jadi pak guru.


Nak jadi muridnya atau tidak?

Terpulanglah.


_____________________________________

Mungkin latar masanya ada kena mengena dengan kenyataan sekarang.

Tapi, jalan ceritanya itu, hanyalah rekaan semata-mata.

Maaf kalau ada kena-mengena dengan siapa-siapa.

Dan, kalau boleh menghirup manfaatnya darinya, secangkir pun jadilah.

Itu sudah memadai.


3 comments:

  1. salam.

    oh teringat kat Dr Abd Rahman Tang.
    uuuu

    -syaimaa'-

    ReplyDelete
  2. to syaimaa':
    wslm...
    professor itu memang hebat.
    kalau org lain membaca sejarah dengan dua belah mata, beliau mungkin membaca sejarah dengan mata hati.
    in fact, dia adalah academic advisor untuk history dept.
    itu anugerah Allah untuk beliau..
    anugerah Allah kita?
    rasanya tak mampu untuk dihitung...

    ReplyDelete
  3. salam'alayk, syu..
    umy suka ayat tue.
    sgt2!

    "sbnrnya, setiap detik dlm khidupan bisa jadi pak guru.."
    :)
    tak dinafikan, mmg sgt2 tepat.
    cuma tinggal pd kita sj, nak jd muridnya atau tak.

    moga kita sntiasa dihalakan utk sntiasa zikir&fikir. mjadi ulul albab plhn Allah..
    amin ya Rabb.

    thanks for this wonderful story.
    thumbs up~
    hehe.

    ps: next paper bila pulak? rindulaaa kt syu. rs cm dah lama sgt xjumpe. huuu. kan? rindu umy tak? heh. :P

    ReplyDelete