tidur atas tikar pulak tu.
tak berapa nak nyenyak.
sebab nanti ada orang kejut untuk gantikan dia berjaga.
bumi masih berembun tapi dah ada orang kejut untuk kena denda.
pagi-pagi dah kena ceramah.
tengok kiri kanan.
ada yang dah lentok.
dan tersengguk-sengguk.
lepas sarapan pagi.
tak boleh jugak nak goyang kaki.
tau-tau je kena berlari-lari.
kena jual itu ini.
sampai kejar pakcik tengah pandu lori.
ok, siapa yang naik estima merah, boleh gerak sekarang.
arahan.
perlu patuh.
lepas suku jam, sampai.
fuh.
panas.
terik.
sakit belakang tidur atas tanah yang tak rata.
seluar baju basah masuk dalam air.
terkejar-kejar.
ke sana ke mari.
ada yang terganggu emosi.
tak terkawal lagi.
*******
beberapa kurun yang lalu.
Dia merentas padang pasir demi sebuah kebenaran.
Dari Islam yang dihina, menjadi Islam yang mulia.
medan Badar, Uhud dan Mu'tah menjadi saksi.
darah mengalir. menitis ke bumi.
syahid.
ulama' dahulu tidurnya atas tanah.
sanggup bersengkang mata menangis dan menulis.
rehlah ilmiyyah menjadi saksi.
betapa ulama' bersusah payah demi ummat.
~~~~~~~
mereka kata aku gila.
kerana aku obses pada rasul dan sahabat.
mereka kata aku buang masa.
kerana sanggup pergi tempat macam tu sedangkan orang lain seronok balik kampung.
mereka kata....
mereka kata....
^^^^^^^^
aku kata.
tak tidur malam tengok citer korea, tak gila?
sanggup berjaga sampai subuh main cs, tak gila?
hari-hari top up untuk bergayut, tak gila?
+++++++
biarlah.
mareka nak kata aku gila.
yang penting.
aku tahu.
kegilaan itu aku salurkan di mana.
dan lebih penting.
untuk siapa.
like!
ReplyDelete:)
syabas! kerana mampu mengaplikasikan sirah dalam kehidupan seharian...
marhalah junuuniah!
ReplyDelete^___^
yeay!
mantap. i like. sy nak suruh jk midea masuk dlm blog karisma boleh?
ReplyDeleteboleh laaa..boleh laa
to k. maya : semoga kita sama2 mengaplikasikannya sepanjang hidup kita. ameen..
ReplyDeleteto syaimaa': jom jadi gila :)
to asmaa': panjangkanlah ia selagi mana ia memberi manfaat kepada yang lain..
wow syu!menarik :) straight fwd n smpi maksud.
ReplyDeletesuke yg ni: "yg penting aku tahu kegilaan itu aku salurkan di mana"
jom kt gilakn masyarakat.heheh
to murabbiahku : jom k. sofie! masyarakat perlukan orang2 "gila"...
ReplyDelete