“Zul, sekolah ini adalah sekolah dimana pendidikan agama, pendidikan budi pekerti bukan sekadar pelengkap kurikulum. Kecerdasan dilihat bukan dari sekadar nilai-nilai, dari angka-angka itu, bukan. Tapi dari hati Zul. Lihat diri kau Zul. Dari mana kau dapatkan rasa kepedulian itu. Orang biasanya ni kalau sudah nyaman, punya kekuasaan, punya wang banyak lupa diri. Mahunya tambah kekuasaan, tambah kekayaan, dengan menghalalkan segala cara. Kalau perlu, seluruh kekayaan negeri ini untuk keluarganya sahaja. Tapi kau Zul, tidak. Kerana kau hasil didikan sekolah serupa di Jogja”.
“Mimpi aku ini bukan jadi isteri saudagar pak. Mimpi aku jadi guru. Dan bapak adalah orang yang langsung percaya bahawa aku bisa jadi guru. Dah lima tahun ini kita hadapi macam-macam masalah pak. Tapi pak, kita tetap bertahan kan pak?”
“Tiga ratus tiga belas tentera Islam itu mengalahkan ribuan tentera Quraisy bersenjata lengkap. Anak-anakku, kekuatan itu dibentuk oleh iman, bukan oleh jumlah tentera. Jadi, ingatlah anak-anakku, teguhkan pendirianmu! Kalian harus punya ketekunan, harus punya keinginan yang kuat untuk mencapai cita-cita. Kalian harus punya keberanian dan pantang menyerah, menghadapi tentangan macam apa pun. Dan ingat, hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya”.
“Bakri, tugas kita memanglah berat. Murid kita pun cuma sikit. Tapi kita punya kewajipan memberi pendidikan kepada anak-anak yang tidak mampu ni”.
“Tidak ada orang yang peduli dengan sekolah kita pak. Semua tak percaya bahawa anak-anak miskin pun punya hak untuk belajar”.
“Ya, yang penting kita. Kita tak boleh putus asa. Tugas kita adalah meyakinkan anak-anak ini bahawa mereka harus berani punya cita-cita. Ya.kita berdua harus bekerja lebih keras lagi pak. Biar semua orang percaya bahawa sekolah ini ada dan pantas untuk dipertahankan. Kita berdua harus bekerja lebih keras lagi pak. Lebih keras lagi”.
Ya, ini adalah beberapa skrip dari filem Laskar Pelangi. Laskar Pelangi merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari novel Laskar Pelangi karangan Andrea Hirata yang telah ditayangkan pada September 2008.
Bagi mereka yang pernah menonton filem Laskar Pelangi, sudah pasti mereka masih mengingati perbualan-perbualan di atas. Secara peribadi, mungkin, ramai yang terkesan dengan dengan beberapa perbualan di dalam filem ini terutamanya perbualan di antara Pak Arfan dan Ibu Muslimah. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pengarah serta penulis skrip filem ini yang ternyata mampu menggarap sebuah cerita yang sangat realistik; tepat mengenai cara pandang hidup di zaman moden yang segalanya tertumpu kepada material dan keduniaan sebagai aspek utama untuk kekal bahagia di perabadaban yang serba maju ini.
Lambakan filem yang disogokkan membuat kita mempunyai pelbagai pilihan untuk menentukan apa yang patut ditonton dan apa yang patut diketepikan. Kebanyakan filem mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi, namun kadangkala ianya diolah dengan tidak begitu ilmiah menyebabkan jalan ceritanya sedikit hambar dan tidak keterlaluan jika dikatakan agak tertumpu kepada aspek hiburan dan pergaulan bebas yang berlebihan dibandingkan dengan nilai-nilai moral yang sepatutnya menjadi keutamaan.
Segalanya terpulang kepada diri masing-masing untuk membuat pilihan yang terbaik. Ruang untuk menuntut ilmu itu tersangatlah luas; bukan sahaja di kelas-kelas dan buku-buku teks, namun ianya lebih daripada itu. Boleh jadi kehidupan seseorang boleh berubah kepada keadaan yang lebih baik dengan hanya menonton sebuah filem biasa namun digarap dengan penuh ilmiah dan mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi seperti filem Laskar Pelangi. Ianya juga bergantung kepada cara kita memandang kehidupan, di mana kita boleh menjadikan seluruh pengalaman hidup dan ilmu-ilmu yang bermanfaat sebagai guru untuk memenuhi tugas yang telah ditaklifkan kepada kita sebagai ‘abid dan khalifah.
******
Apakah ilmu yang bermanfaat? Kata Imam Al-Ghazali:
Ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang mendekatkan dirimu kepada Tuhan-Mu. Ilmu yang bermanfaat itu juga membuatkan kamu melihat aib dirimu sendiri.
Bagaimana?Adakah ilmu-ilmu yang kita peroleh bermanfaat?
No comments:
Post a Comment