Pages

Monday, January 31, 2011

Revolusi Mesir : Sebuah pandangan


Suara rakyat


Bukan mudah rakyat mahu berdemonstrasi. Di jalan-jalan. Di tengah-tengah kepanasan. Dan ianya adalah pilihan terakhir bagi menyelesaikan masalah yang kian meruncing.

............................


Bermula 25 Januari lalu, Mesir menyaksikan satu gelombang kebangkitan rakyat yang luar biasa dalam sejarah bumi para anbiya’, apabila rakyat datang dari seluruh pelusuk negeri berkumpul bagi menyurakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan Hosni Mubarak (lebih tepat lagi Rejim Hosni Mubarak). Mungkin bagi sesetengah golongan di luar sana menganggap demonstrasi adalah suatu tindakan yang tidak bijak malah mendatangkan kemudaratan kepada negara. Namun kita harus kembali kepada realiti dan keadaan setempat; keadaan rakyat Mesir yang hidup di bawah pemerintahan Mubarak selama lebih 30 tahun dengan pelbagai kesusahan dan pemasalahan yang tidak pernah selesai. Setelah mengikuti perkembangan revolusi ini (jika ianya boleh digelar revolusi) di akhbar-akhbar dan Al- Jazeera Channel, terdapat beberapa perkara yang ingin saya highlightkan, tentunya dengan keterbatasan ilmu dan maklumat yang saya ada. Antaranya :


1. Termotivasi dengan keadaan politik di Tunisia, rakyat Mesir bangkit untuk menyuarakan suara/keluhan mereka yang selama ini mungkin hanya didengari di lorong-lorong dan di kedai-kedai kopi. Keadaan hidup mereka yang boleh dikatakan susah, dengan kadar pengangguran dan buta huruf yang tinggi,kenaikan harga makanan dan seribu satu macam masalah yang dialami membuatkan mereka bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk mereka menukar kepimpinan yang sedia ada kepada yang lebih baik. Menurut satu temubual bersama rakyat Mesir yang bekerja di salah sebuah hotel di negara itu, beliau berkata gaji yang diterimanya hanyalah sebanyak US$50 sebulan, iaitu lebih kurang RM156!


2. Apa yang menarik pada permulaan kebangkitan rakyat Mesir kali ini adalah penggunaan internet yang dimanfaatkan sebaik mungkin; memberi informasi semasa kepada rakyat seperti di mana mahu berkumpul dan sebagainya. Facebook dan Twitter menjadi medium utama bagi memudahkan perhubungan dan pergerakan mereka sehinggalah penggunaannya disekat oleh kerajaan bagi melumpuhkan kebangkitan yang hebat ini. Namun, perkara ini sesekali tidak dapat menumpulkan dan melemahkan semangat mereka; buktinya, mereka masih dan akan terus setia berada di jalan-jalan terutamanya di Medan Tahrir sehinggalah kehendak mereka supaya Mubarak berundur dapat dipenuhi.


3. Tsaurah (revolusi) ini boleh kita sifatkan sebagai menyeluruh; ianya bukan sahaja disertai oleh rakyat biasa yang tertekan di bawah pemerintahan Mubarak, namun turut disokong dan didukung oleh para cendekiawan seperti para hakim, wartawan dan beberapa lagi pertubuhan lain yang ada. Golongan-golongan ini melihat perlunya si tua Mubarak itu ditukar ganti, dan bukannya hanya menukar kabinet tetapi Mubarak itu masih dikekalkan. Keadaan Mesir yang tidak banyak berubah selepas kemerdekaan membuktikan betapa gagalnya rejim Mubarak dalam mentadbir serta mengagihkan kekayaan negara. Golongan elit yang mempunyai hubungan yang baik dengan Mubarak semakin bertambah kekayaannya, namun rakyat biasa hidup melarat tanpa sebarang pembelaan yang sewajarnya.


4. Negara haram Israel mengambil sikap berdiam diri dengan apa yang berlaku di Mesir. Umum mengetahui bahawa ‘hubungan akrab’ yang terbina antara Mesir dan negara haram ini di zaman pemerintahan Anwar Sadat masih lagi diteruskan dengan jayanya oleh Mubarak. Justeru, kebangkitan iini dilihat sebagai satu ancaman kepada mereka kerana Mubarak itu merupakan salah satu kuda tunggangan Israel bagi menjamin kedudukan dan kesejahteraan mereka di semenanjung Tanah Arab.


5. Ada pihak yang mendakwa revolusi ini dicetuskan oleh Ikhwan Muslimin, namun menurut jurucakap IM sendiri, mereka menegaskan bahawa revolusi ini terjadi akibat kemarahan rakyat yang sudah tidak dapat dikawal lagi dan bukannya dihasut oleh sebarang pertubuhan yang ada di negara itu.


Bagi saya sifirnya mudah. Mubarak itu hanya perlu memenuhi tuntutan rakyatnya untuk berundur dan insyaAllah, keaadaan akan kembali aman. Yang menjadi masalah dan merumitkan keadaan ialah sikap Mubarak yang bertegas tidak akan berundur dari kerusi empuknya itu. Selain itu, saya juga berpendapat bahawa kebangkitan ini sudah cukup untuk mengubah iklim politik bukan sahaja di Mesir, bahkan di seluruh semenanjung Tanah Arab, tetapi saya tidak pasti ke arah yang lebih baik atau sebaliknya.


‘Ala kulli haal, tulisan ini hanyalah pandangan saya yang sangat terbatas ilmunya. Mungkin berbeza dengan persepsi orang lain kerana ianya bergantung kepada cara pandang seseorang terhadap sesuatu isu.


Namun, saya beranggapan kita semua bersetuju terhadap satu perkara; semoga Islam dapat kembali memerintah dunia, dan mungkin negara Mesir menjadi titik tolaknya. Tidak mustahil bukan?

7 comments:

  1. nice one syu.

    sungguh kerajaan klu dah zalim, jgn sangka rakyat akan terus berdiam. mungkin selamani rakyat takut. tapi saat mereka mula bersatu, pasti kerajaan tumbang. wujudnya satu pemerintahan untuk memakmurkan bukan menzalimi masyarakat.

    kekerasan yang kerajaan guna menambah semanagt jihad masyarakat. silap la HM. dah keadaan mcm ni baru nak buat dialog dgn rakyat. mrk fikir masyarakat boleh lupa 100 ntawa yang telah terbang?

    Allahu akbar!

    -Asma'_

    ReplyDelete
  2. bila sunnatullah dilanggar..
    dunia ini fana. bukan selamanya..
    setiap yg di atas pasti akan jatuh..
    Allahu Akbar!

    ReplyDelete
  3. HM dah bersedia utk disambut tel aviv. dan berita dr israel sdri, mereka mmg risau dgn keadaan kebangkitan rakyat di mesir sbb HM merupakn pemimpin kanan yg mpunyai hubungan akrab dgn israel.sudh jelas siapa HM..

    setakat ni,rata2 pndudk mesir & para pengkaji meramalkn HM takkan berundur.dia akan menekan rakyatnya smpila rakyat menyerah due to shortage of makanan, keselamtan tak terjaga etc. betul2 sanggup memperjudikn nyawa rakyat.sbb bg HM,tht doesn't matter at all.harta & kuasa adlh segala2nya.akk petik kata2 seorg pegawai israel(dr slh sebuah website berita israel): mereka yakin HM mampu bertahan & takkan berundur.fuhh lagila jelas siapa HM. adkh rncgn dia utk stay pun dipersetujui bersama Israel?? wallahu'allam.

    3o years of oppression..ekonomi,politik yg menekan,torture by the polices.bole search sejarah2 mesir spjng pemerintahan kuku besi HM.sgt2 teruk..mmg rakyat dh lama sabar.astaghfirullah..moga allah berkati perjuangan umat islam di sana..

    ReplyDelete
  4. salam sahabat.. satu pandangan yg bagus..
    orang yg zalim hatinya keras.. lagi diasak lagilah buas.. semoga kita semua bebas dari kezaliman yg sudah jelas.. amin.

    p/s: adik saya dimesir.. semora dia dan sahabat2 malaysia yg lain dilindungi Allah swt.. amin.

    ReplyDelete
  5. sama2 kita berdoa semoga revolusi ini berjaya.
    jika revolusi ini berjaya, ianya bukan untuk Mesir sahaja, bahkan kejayaan ini untuk seluruh umat..
    allahul musta'an..

    ReplyDelete