“ Tak guna perempuan belajar tinggi-tinggi, nanti duk kat dapur jugak. Ala, setakat SPM tu pun dah cukup”.
“Emm, korang tak payah la buat program ni. Sebab korang tu perempuan. Bahaya sikit”.
“ Alaa..akhawat ni leceh la….”
“ Pergh, ganas gila dia ni..Tak padan dengan perempuan”.
Hmm..Mungkin mereka lupa. Beberapa kisah di lembaran sirah. Kisah-kisah srikandi pengubah sejarah. Tak mengapa. Mari, aku tak akan pernah jemu untuk ceritakan sekali lagi.
******************************************
Di tengah kekalutan medan Uhud….
Kelihatan dua srikandi, menggalas kantung air di belakang mereka dan menuangnya ke mulut tentera-tentera Islam. Kemudian mereka berpatah balik memenuhkan kantung itu dengan air, lalu datang semula menuangkan air ke mulut para tentera.
………
Berang melihat sekumpulan tentera yang mahu lari masuk ke Kota Madinah, digenggamnya tanah lalu dilemparkan ke arah mereka sambil berkata : “Pergilah menenun kain, berikan pedangmu kepadaku”.
Kemudian dengan pantas srikandi ini mara ke medan tempur, lalu memberi minum kepada orang yang luka.
Dari kejauhan, Hibban Ibn Al- ‘Ariqah melepaskan panah ke arahnya lalu dia rebah tersungkur.
……….
Dia membasuh luka Rasulullah, sementara Ali menuangkan air menggunakan perisai sebagai bekasnya. Apabila puteri ini melihat basuhan air itu hanya lebih mengeluarkan darah, dia mengambil sepotong tikar, lalu dibakarnya, lalu darah itupun berhenti mengalir.
Sekembalinya dari medan Uhud…
Setelah selesai mengebumikan jenazah para syuhada’ dan memuji serta berdoa kepada Allah, baginda pun berangkat pulang ke Madinah.
Ternyata kepada baginda kasih sayang dan kepasrahan yang luar biasa yang dipamerkan oleh wanita-wanita mukminah sebagaimana lelaki-lelaki mukmin di medan perang.
Dalam perjalanannya, ibu Sa’ad bin Muaz datang kepada baginda. Baginda mengucapkan takziah atas kematian puteranya ‘Amru Bin Muaz, lantas dia menjawab: “Bila aku melihat engkau selamat, maka terasa kecil olehku musibah itu.”
******************************
Subhanallah!
Aku iri
Wahai para mujahidah
Wahai ibu-ibu tabah
Wahai puteri-puteri solehah
Aku iri
Sungguh.
No comments:
Post a Comment