Pages

Monday, March 21, 2011

Kembali

“Umar, aku banyak belajar dari kota ini,” kata Ulfa sambil mengeluarkan passport merah dari beg galas.

“Ya, aku setuju. Walau kita serumpun, bezanya tetap ada. Paling beza, matawangnya lah,”kata Umar sambil senyum memandang Ulfa.

Ulfa membisu, memerhatikan orang bersesak-sesak menolak troli.

“Hey, Ulfa. Jauh kau termenung. Sudah-sudahlah. Hanan dan Dzilal sentiasa terbuka untuk kita. Kedai buku tanpa nama di Kwitang, serta pejabat baru geng kita di Simatupang akan sentiasa menunggu,” usik Umar.

Ulfa tersenyum. Ya aku tidak akan lupa itu semua. Wajah Suhaila, Suraya, Nadrah dan Salwani terbayang di benak.

Tunggu. Aku akan kembali. Selepas satu purnama.

Moga Tuhan permudahkan.

No comments:

Post a Comment