Pages

Monday, May 9, 2011

Kerana Dia Bukan Orang Biasa

Bismillah


"Kenapa suka pakai jubah?"

"Senang, bila masuk waktu solat, boleh terus pergi masjid. Tak perlu tukar baju lain."


Ini jawapan yang biasa sahaja.

Tetapi, ianya menjadi luar biasa kerana dituturkan oleh seseorang yang punya pangkat, kekuasaan dan harta.

Punya status raja-raja.


Dia pemimpin yang berjiwa hamba.

Hamba yang melihat dunia dari dimensi akhirat.

Hamba yang merasakan kekuasaan itu satu amanah yang akan ditanya di akhirat kelak.

Hamba yang berdoa: "Tuhan, letakkan dunia di tanganku, bukan di hatiku".

....

Kalau bukan Islam yang membentuk jiwa manusia, yang menjadikan dia hamba-sehambanya, apa pilihan lain yang kita ada?

No comments:

Post a Comment