Bismillah
Salahkah jika kita selalu memberi komen atau meng kritik sesuatu pandangan?
Hakikatnya, tidak salah.
Hakikatnya, tidak salah.
Tetapi, berapa ramai manusia yang mampu untuk memberi komen atau kritikan dengan penuh adab dan bahasa yang mampu diterima baik oleh pihak yang dikritik?
Dan yang lebih susah lagi, berapa ramai manusia yang mampu memberi cadangan atau solusi atau idea-idea baru kepada permasalahan atau isu yang dikritiknya?
Kanak-kanak pun mampu melakukannya. Lupakah kita kepada kisah cucu kesayangan Rasulullah, Hassan dan Hussain tatkala mereka berwudhuk dan bersama mereka seorang tua yang salah cara berwudhuknya.
Mereka bukan sahaja kreatif dan berhikmah dalam menegur, bahkan memberi solusi dan jalan keluar kepada permasalahan si tua itu dengan menunjukkan cara berwudhuk dengan betul.
Kita mampu melakukannya.
Kita mampu melakukannya.
Kita kasih pada teman-teman di sekeliling kita. Lebih-lebih lagi kepada yang bekerja bersama-sama kita, susah dan senang dirasai bersama. Dalam bekerja, kadang-kadang berlaku salah faham, berselisih pendapat, dan sebagainya. Di waktu inilah ukhuwwah sedang dijuji. Satu perkataan yang sering dicanang-canang, tetapi bukan semua yang mampu menterjemahkan kepada amal perbuatan.
“Kenapa tak bincang dulu dengan kami? Pandai-pandai je”
“Hish, lembab la buat kerja.”
Antara perkataan yang terkeluar.Kepala berat dengan sangkaan-sangkaan yang tidak benar.Mulut asyik dengan kritikan dan komen yang tidak tahu hujung pangkalnya.
Jarang sekali untuk bertanyakan apakah yang telah berlaku sehingga mengakibatkan gerak kerja tidak lancar.Berat sekali untuk menghantar sms untuk berbincang dan mengetahui keadaan sebenar.Susah sekali untuk menawarkan bantuan dalam bentuk buah fikiran mahupun pertolongan.
Jom muhasabah. Kerana kita mahu menjadi orang yang sempurna iman.
Kerana mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri merupakan syarat kesempurnaan iman.
Kerana mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri merupakan syarat kesempurnaan iman.
Kita mahu menjadi teman yang baik. Sahabat yang memahami. Dan kali ini saya ingin berpesan. Untuk diri sendiri tentunya.
Orang yang beradat berjaya dalam kehidupannya.
Tiada sumbang pada kelakuannya.
Ke majlis dialah jemputan.
Kepenghadapan dialah panggilan.
Dipelayaran dialah keterangan.
Nombor bilik rumah perhentian dialah bilangan.
Bersahabat sahabat dialah pengenalan.
Kejalan Allah dialah teman.
Karya Tok Kenali
Tiada sumbang pada kelakuannya.
Ke majlis dialah jemputan.
Kepenghadapan dialah panggilan.
Dipelayaran dialah keterangan.
Nombor bilik rumah perhentian dialah bilangan.
Bersahabat sahabat dialah pengenalan.
Kejalan Allah dialah teman.
Karya Tok Kenali
Asslm wbt.
ReplyDeleteSyu apa khabar?
Mg dlm redha-Nya
wslm
ReplyDeletealhamdulillah, sihat..
moga kita sama2 dlm redha-Nya