Pages

Tuesday, May 3, 2011

Tragedi 2 Mei : Menilai dengan hati


Tiada apa yang pelik.


Sambutan rakyat US meraikan kematian Osama memberi gambaran kepada kita bagaimana sambutan mereka terhadap kematian Al-Banna lebih 60 tahun lalu. Sama meriahnya. Dan perasaan itu telah pun diceritakan oleh Sayyid Qutb yang berada di US ketika itu.


US ternyata telah berjaya menyuntik Islamaphobia kepada masyarakat dunia, dan ianya telah mendarah daging bukan sahaja di Barat, malah dunia Islam turut tidak terkecuali.


Buktinya?


Lihat sahaja kenyataan pemimpin negara Islam di kaca televisyen dan akhbar mengenai hal ini, semuanya ibarat telah diprogramkan dengan minda acuan barat; hanya mengikut telunjuk mereka tanpa ada pendirian yang tegas terhadap isu-isu dunia lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan Islam. Sungguh mengecewakan.


Pelbagai perbincangan dan diskusi telah berlangsung mengenai isu hangat ini. Para penganalisis politik dan beberapa tokoh akademik mempunyai pandangan tersendiri tentang Osama Bin Laden dan ianya boleh dilihat dari beberapa dimensi.



Ada yang menganggap Osama Bin Laden merupakan salah satu watak yang dicipta US selepas insiden 11 September, dan watak itu sudah tidak begitu popular waktu kini, lalu dibunuh, untuk menggantikannya dengan watak lain.


Pandangan lain ada menyatakan bahawa Osama Bin Laden tiduk wujud sama sekali, hanya diwujudkan dan digembar-gemburkan dalam dongengan US dan dipopularkan jenamanya oleh media barat.


Dan beberapa pandangan lain yang dikukuhkan oleh bukti-bukti tersendiri.



Tetapi, kita dapat menemukan satu titik persamaan antara kesemua pandangan.


Satu titik di mana Barat sentiasa mahu memanipulasi Islam dengan meletakkan pelbagai label yang mengelirukan dan mempersembahkannya kepada masyarakat dunia.


Kematian Osama bukanlah penamat segalanya. Kematian itu juga bukanlah melenyapkan Islamaphobia kepada masyarakat Barat. Kemungkinan untuk watak lain wujud itu ada. Perancangan dan propaganda Barat bukanlah mudah untuk dijangka. Tapi kita harus sentiasa waspada.



Saya bukanlah penganalisis politik.


Tapi saya percaya hati yang dikurniakan Tuhan untuk menilai harus digunakan sebaiknya.


Sama ada kita hanya mahu melihat graf ISK itu dengan hanya menongkat dagu dan terus menangisi apa yang telah berlaku kepada ummat sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah hingga ke hari ini, atau sama-sama berusaha melakar graf baru; memberi ruang untuk agama ini kembali bernafas.


Pilihan ada di tangan kita.

2 comments: