Mungkin esok menjadi hari yang paling dinanti. Oleh semua orang, tidak kira siapa-siapa dan di mana-mana.
Bukan orang suka-suka mahu sesak-sesak dan ramai-ramai di jalanan. Mereka mahu sama-sama menuntut sesuatu yang telah lama mereka idam-idamkan dan angan-angankan.
Dan saya juga ada beberapa harapan. Semua yang berkumpul itu, harus tahu tujuannya, bukan sekadar mahu menang sorak sahaja. Selain itu, keselamatan harus diutamakan. Orang awam atau sesiapa sahaja, termasuk pihak keselamatan sendiri. Tidak kurang pentingnya-adab. Senang disebut, susah dibumikan. Lagi-lagi dalam situasi genting dan pening. Kata Tariq Ramadhan : "when everyone is emotional, be reasonable."
Antara esok dan hari ini, mungkin ada perbezaan yang besar. Saya tidak tahu ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Saya memilih untuk bersikap optimis.
Dan saya mahu menitipkan pesan ini kepada semua: "Islam menggariskan hak-hak pemerintah dan rakyat, dan garis sempadan ini tidak boleh dicerobohi. Islam mengiktiraf dan mengakui kuasa rakyat dan rakyat perlu memperbetulkan pemerintah supaya mereka sentiasa berada di landasan yang benar"-Hassan Al-Banna.
Wallahu'alam.
- Setakat ini sudah ada beberapa sekatan jalan raya di Kemaman. Jika dicurigai, kereta akan ditahan dan digeledah dengan begitu bersemangat. Fuh, sampai begitu sekali.
salam....
ReplyDeletewah kak Ada... sampai ke kemaman jugak ke...
jarang2 event sebegitu sampai ke kemaman...
hii... kami pun awal2 dah ada pekeliling dari kedutaan utk tak turut serta mana2 event berkaitan 9 julai ini. di sini pun ada aura BERSIH. :)
apapun, salam BERSIH dari egypt. sama2 BERSIHkan luar dan dalam jugak, utk menyambut 'tetamu besar' yang akan kunjung tiba tak lama lagi.
wslm..
ReplyDeleteorg jauh ni :)
a'ah, smpai ke kemaman..
tp x hairan pn, sbb smpai ke mesir pn bg amaran, apa cerita..
haish, takut smpai mcm tu skali..
ya, setuju..kita bakal menyambut tetamu agung tak lama lagi..jom BERSIHkan luar dan dalam smpai clean n clear..
jaga diri baik-baik..