Pages

Thursday, August 25, 2011

25 Ramadhan

Bismillah

Adakalanya kita tidak cukup mengenali diri kita. Tidak tahu kekurangan dan kelemahan diri sendiri. Ataupun tidak mahu mengaku, mungkin. Dan barangkali, kita juga lebih mengenali orang lain melebihi diri kita sendiri.

Tidak percaya?

Terserah. Jika tidak, masakan orang yang hebat seperti Yusuf bin Asbat, mutarabbi As- Tsauri berdoa begini:

اللهم عرفني نفسي
( Ya Allah, kenalkan padaku diriku)

Mengapa mahu mengenal diri sendiri? Sudah pasti kita sudah arif mengenainya. Bukan ke itu diri kita sendiri?

Pesan Hassan Al-Basri:

" Seseorang akan selalu berada dalam kebaikan, selama dia mengetahui hal-hal yang merosakkan amalannya."

Ya, bertitik tolak dari mengenal diri, kita akan cuba menghindari kekurangan-kekurangan yang akan mendorong kita merosakkan amalan.

Kerana ujian datang di titik terlemah.

Seorang lelaki yang beriman, mungkin tidak akan diuji dengan fitnah seorang wanita. Tetapi mungkin dia akan diuji dengan perasaan riya' dan ujub dengan amalan-amalan yang dilakukan. Merasakan amalannya sudah banyak. Dan juga, mungkin dia akan meremehkan dosa-dosa kecil yang dilakukannya sehari-hari.

"Alah, dosa kecik je pon..."

Di titik itulah Allah menguji. Tetapi, ingat. Meninggalkan dosa-dosa besar dan kecil, merupakan salah satu ciri orang bertaqwa.

Sheikh Hassan Al-Hudaibi berpesan :

"Dosa-dosa kecil ibarat titisan-titisan air yang mengalir, yang akan membentuk sungai kerosakan. Atau seperti kerikil-kerikil kecil yang akan membentuk gunung-gunung dosa".

Jangan meremehkan dosa-dosa kecil.

Sama-sama kita muhasabah. Kerana ianya merupakan 'kerja' orang-orang yang bertaubat.

Wallahu'alam.


*********

Alhamdulillah. Sudah 25 Ramadhan. Dan alhamdulillah, masjid masih penuh dengan jamaah, dan semalam diserikan lagi dengan kehadiran Sheikh Mahmud Siyam, mantan Imam Masjidil Aqsa.

Alhamdulillah.

Semoga Allah memilih jiwa-jiwa kita untuk selalu dekat dengan-Nya.

No comments:

Post a Comment