Pages

Thursday, September 8, 2011

"Aku pun macam tu jugak dulu-dulu"

Bismillah


"Bagilah balik yang bang chik punyaaaa!"

"Tak mau, adik yang amik dulu.."

"!@#$%%^"


Dua-dua tak mahu mengalah. Gegak gempita rumah jadinya. Kalah North Carolina yang haru-biru kena terjah dengan taufan Irene.

Tak boleh jadi ni.

Ah sudah. Dah masuk scene The Rock tarik rambut Undertaker la pulak.



"Woi diam laaa!!".

Ada suara datang menjerkah.

Tapi scene tadi tetap diteruskan. Seolah-olah tak de apa yang berlaku. Langsung tak gerun. Hei, Undertaker ngan The Rock mana layan ref.


...dan sekarang The Rock cuba mendominasi keadaan....


Plan harus dijalankan untuk mengawal keadaan.

Bismillah....

"Bang Chik, tadi cakap nak main PES ngan Angah kan?"

"Nak, nak! Bang Chik nak Barcelona. Angah kena pilih Real Madrid."

"Ok, Tak de hal".

"Dan kita kena main dekat 'the Nou Camp' tau".

"Set!".

Dan muka Undertaker mengukir senyuman kemenangan. Sebab The Rock dah tarik diri. Dah tukar profession, jadi pemain bola sepak sepenuh masa.


===============


"Apsal kau tak marah je diorang gaduh tadi? Kau buat bodo je. Pastu siap boleh ajak main PES lagi".

"Kenapa nak marah?"

"Kau boleh tanya plak kenapa. Dah lah sorang bising macam kat Pasar Borong Selayang. Sorang lagi menjerit macam kat konsert Justin Bieber.

"Oh. So, apa yang kau dapat masa kau marah dorang?"

"At least aku cuba betulkan keadaan".

"Dan sekarang siapa yang betul-betul berjaya buat macam tu?"

"..................."

"Relax la. Kenapa nak marah. Dah nama pun budak-budak. Aku pun macam tu kot dulu-dulu. Lagi ganas ade la."

"...................."


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Selama aku menjadi pembantu baginda selama sembilan tahun, Rasulullah tidak pernah berkata padaku: "mengapa kamu berbuat begini atau mengapa kamu tidak berbuat begini..."
- Anas Bin Malik

"While we try to teach our children all about life, our children teach us what life is all about".



No comments:

Post a Comment