Bismillah
Kadang-kadang kita mempunyai masalah yang tidak kunjung tiba penyelesaiannnya. Tidak ketemu jalan keluarnya. Berdoa, menadah tangan kepada Ilahi supaya dipermudahkan urusan dan diringankan kesulitan.
Suatu hari, Allah pertemukan kita dengan seorang sahabat yang datang menceritakan satu masalah. Subhanallah, masalahnya sama. Persis. Yang ajaibnya, kita dengan lajunya memberi jalan keluar dan pelbagai solusi yang memungkinkan dia keluar dari permasalahannnya.
Oh, kita sudah ketemu jalan penyelesaiannya. Alhamdulillah!
Ingat semula permulaan surah At-Thalaq. Ayat 2-3. Dialah Allah, yang memberi jalan keluar dari arah yang tidak disangka-sangka. Dengan syarat mempunyai 2T. Takwa dan tawakkal.
Ada masalah? Carilah Dia, sebaik-baik tempat mengadu.
Yang Maha Mendengar. Yang Maha Memakbulkan.
Mahu jauh dari Dia?
Katakan TIDAK!
No comments:
Post a Comment