Pages

Sunday, November 6, 2011

Kesayangan

Bismillah

Alhamdulillah, selamat sampai di rumah pada malam raya. Seminggu yang lalu ditempuh dengan penuh cabaran dan dugaan. Perlukan banyak sokongan dan dorongan yang berada di sekeliling. Cukuplah sekadar bertanya khabar, itupun sudah melegakan hati.

Namun, untuk dibandingkan dengan cabaran dan dugaan mereka, ah..terlalu jauh. Terlalu jauh. Diri bukanlah seperti Siti Hajar, Siti Sarah, Ibrahim dan Ismail. Nama-nama ini terlalu agung. Teguh, tabah, ikhlas, tawakkal, taat, cukup hanya berserah diri kepada Allah.

Cerita mereka, walau diulang saban tahun, tidak pernah menjemukan. Ibarat air yang mengalir, mengisi relung-relung jiwa yang kehausan, dahagakan iman dan tarbiyyah. Gambaran peristiwanya yang Allah lakarkan di dalam kitab-Nya yang agung, menjadikannya begitu indah untuk ditadabbur dan dihayati maknanya.

Allah, jadikan aku seperti nabi-Mu, Ibrahim Alaihissalam, yang engkau angkat menjadi kesayangan-Mu.

Aku juga mahu menjadi kesayangan-Mu, Tuhanku.



No comments:

Post a Comment