bismillah
menunggu malam isnin penuh debaran, sambil membaca the alchemist. membaca dan berfikir. cuba untuk mengaitkan kisah pengembala kambing yang sedang travel mencari destiny.
sungguh, the alchemist tidaklah boleh dihadam begitu sahaja. tidaklah boleh menerima sebulat kata pengarangnya, kerana ada prinsip yang harus dipertahan. baca, fikir, analyze, baru menjengah kepada apa yang dinamakan sebagai kesimpulan.
bukan taqlid buta.
...
keluar dewan besar itu, bahu ditepuk.
"dah puas?"
senyum si adik manis.
"tak puas lagi".
hah?
"selagi belum terbumi."
semua orang boleh mendengar, mencatat dan mengangguk, tapi itu semua tidak cukup. seorang hamba bukan kerjanya worship knowledge, tetapi 'memperguna' dia sebagai wasilah mendekat 'Dia'. untuk menjadi khalifah berjiwa hamba.
"how do you use what you hear? it's your responsibility."
tanggung dan jawab.
masa muda, ilmu, harta, tenaga, mad'u dan ........
ketar lutut mahu bersoal jawab dengan Tuhan di padang itu nanti.
...
misi mencari identiti.
layang-layang, ikan bakar, river cruise, pantai indah.
dan raudhatus sakinah.
"semua manusia berdosa kerana kita manusia, tetapi berbezanya kita; dengan langkahan kaki kembali menuju Tuhan".
muka yang mulus itu menarik senyum.
"tapi dosa saya banyaaak...."
"jangan beritahu saya betapa banyaknnya dosa itu, Allah pastinya lebih mengetahui, bukan?"
la taqnatuu min rahmatillah. Allah dah bicara.
...
ukhuwwah.
bukan kata nama. tetapi kata kerja.
...
hari-hari baru merupakan bungkusan hadiah dari Tuhan. rupanya untuk dihargai, dan lebih mengenali diri.
untuk menjadi lebih baik. ahsanu a'mala.
mengukuhkan identiti diri dengan acuan Allah dan Ar-Rasul, tanpa mengenepikan fitrah manusiawi.
agar suatu hari nanti, hari yang pasti, akan pulang ke pangkuan-Nya dengan membawa seketul daging.
dan semoga daging itu datang bertemu pemiliknya dan berkata: "salam sejahtera ke atas kamu, namaku 'qalbun saliim'".
sungguh, tiada yang lebih indah dari ini.
_________________________________
al-madrasatu sataftah abwaabuha ba'da ayyam!!!
allahumma ballighna ramadhaan.
No comments:
Post a Comment