Bismillah
Mac 2012, Ummatic Week
“Awak mahu
mendengar penerangan saya mengenai Mesir? Ianya akan mengambil masa sekitar 10
minit”.
Saya
melihat jam di tangan sambil berkata: “Teruskan, tetapi kalau boleh saya
mahukan penerangannya dilakukan menggunakan bahasa Arab.”
Saya
menoleh ke kiri. Aduh, saya terlupa bahawa bersama saya seorang teman yang
tidak tahu berbahasa Arab.
“Ok, in
English,” saya memutuskan.
Begitu
bersemangat dia menerangkan, dari zaman Mesir kuno, sehinggalah zaman Mesir
moden. Dari tahun ke tahun.
Pada akhir penerangannya,
saya mencelah: “Mungkin awak terlupa satu peristiwa penting yang berlaku pada
tahun 1949.”
“Oh ye?
Mungkin saya terlupa. Peristiwa apakah itu?”
“Peristiwa
pembunuhan Hassan al-Banna.” Sengaja saya tekankan perkataan ‘assasinated’ itu.
Beliau
mengangguk, “Ya, dia telah dibunuh pada tahun itu”. Dan dia mengakhiri
penerangan dengan menyebutkan beberapa tokoh negara Mesir yang telah menerima
anugerah nobel sambil menunjukkan gambar-gambar mereka, termasuklah seorang
tokoh yang menerima anugerah nobel keamanan setelah menandatangani perjanjian
Camp David. Saya hanya mengangguk, usai
sahaja sesi penerangan itu, saya terus berlalu selepas mengucapkan terima
kasih.
Saya
bimbang jika saya masih di situ, akan berlaku perdebatan yang tidak diingini.
Saya
meneruskan perjalanan, mencari sebuah
negara yang ingin saya bertanyakan khabarnya. Bagaimana keadaan rakyat mereka,
mengapa kerajaan mereka begitu berdegil dan
beberapa lagi persoalan yang beratur di benak saya. Akhirnya saya
dipertemukan dengannya, dan mujurlah tidak ramai orang di dalamnya.
Saya cuba
bertutur dalam bahasa Arab, bertanyakan soalan yang ingin saya tanyakan, dan
mendengar jawapan darinya. Beliau
merupakan seorang pelajar berbangsa Arab
dari Syria.
Akhirnya,
setelah mendengarkan fakta tentang keadaan negara tersebut, saya beralih pula
kepada soalan berbentuk praktikal.
“Apa yang
kami semua boleh lakukan untuk rakyat Syria?”
Beliau
sedikit mengeluh, menundukkan kepalanya. Kemudian dia mengangkat mukanya sambil
berkata: “Ad-du’a”.
Jawapannya
ringkas, dan saya mengangguk faham. “Allah maa’kum!”, saya cuba memberi
semangat sebelum berlalu pergi.
Julai 2012, Ramadhan
Jika kita
masih dapat berbuka dan bersahur seperti biasa, bersyukurlah. Kerana ada insan
yang masih menahan lapar dan dahaga, berlari ke sana ke mari mencari
perlindungan dari keganasan dan ketidak adilan. Di mana umat Islam yang lain?
Walaupun sudah
lebih satu tahun, keadaan di Syria bukan sahaja tidak membaik, malah semakin
meruncing. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Dalam masa beberapa jam sahaja,
ratusan jiwa telah dibunuh dengan begitu kejam.
Dan saya tidak melihat masalah Syria sebagai satu isu dalaman negara itu sahaja, tetapi ianya merupakan ujian yang Allah berikan buat seluruh umat Islam di dunia. Di mana kita untuk membantu? Ingat, nyawa dan darah seorang Muslim itu sangat berharga nilainya. Dan sekarang dianggarkan lebih 19 000 nyawa telah terkorban sejak revolusi ini berlaku.
Allahu rabbi.
Ummat Islam
di Palestin, Myanmar, selatan Thailand, serta beberapa tempat lain di seluruh
dunia ditindas dan dinafikan hak mereka. Di Somalia dan negara-negara Afrika,
penduduk di sana tidak mendapat bekalan makanan yang cukup akibat kemarau yang
berpanjangan. Dan bantuan dari UN sendiri, saya tidak pasti adakah sampai ke
tangan yang berhak menerimanya. Dan sebenarnya, bukan sahaja penduduk Islam
yang ditindas dan diperlakukan dengan tidak adil, malah terdapat beberapa lagi
kezaliman yang berlaku ke atas manusia di seluruh dunia seperti di Tibet dan Congo.
Bagaimana
mahu membantu?
Sebarkan berita.
Cerita kepada rakan dan teman. Jika lebih ramai yang mengetahui, maka akan
lebih ramai yang membantu dan mendoakan. Dalam doa mereka, dalam sujud mereka,
dalam tahajjud mereka. Mungkin dalam ramai-ramai antara kita, ada doanya yang dimakbulkan Allah. Siapa tahu?
Dan bulan
Ramadhan ini merupakan madrasah terbaik untuk berkongsi perasaan lapar dan
dahaga mereka. Medan terbaik untuk merasai kepayahan dan penderitaan mereka. Medium
terbaik untuk menghantar doa yang tidak putus-putus buat mereka.
Apa yang
ada pada doa?
Jangan meremehkan
doa.
Doa Nabi Ibrahim ketika dibakar di dalam api yang marak diterima Allah,
menjadikan api yang panas terasa dingin dan menyejukkan.
Doa Rasulullah
yang bersungguh-sungguh ketika perang Badar, didengari Allah, maka Dia telah
menghantar malaikat untuk membantu tentera Islam menewaskan Musyrikin Makkah.
Dan doa
juga merupakan motivasi terbaik untuk menjadi insan yang lebih dekat dengan
Allah, supaya Dia mendengar dan memakbulkan segala permintaan dan harapan kita.
Ar-rajaa’.
“Dan ada
lagi kurnia yang lain yang kamu sukai iaitu pertolongan dari Allah dan
kemenangan yang dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang
mukmin”. (As-Saff:13)
Tiada apa
yang mustahil bagi Allah, tetapi seorang Muslim harus mengetahui tabiat agama
ini, pertolongan akan tiba setelah kita bekerja keras dan berpenat lelah.
Gunakan
madrasah Ramadhan sebagai wasilah untuk manambah iman dan taqwa.
Semoga Allah
membukakan jalan-jalan Nya kepada kita.
tulislah lagi syu. tak dapat jumpa awak untuk sedut ilmu dan semnagat, baca di sini pun dah sangat membantu.
ReplyDeleteduduk jauh begini buat saya terasa,
uhibbuku fillah!
insyaAllah,moga Allah sentiasa beri keberkatan waktu.
ReplyDeleteuhibbuki tamaam! jumpa dalam rabithah selalu :)
jaga diri baik2.