bismillah
7 Ramadhan 1433 H
“Assalamualaikum..”
Salam
terjawab. “Masuk lah.”
Anak-anak
kecil bermuka mulus masih segan-segan menyambut kedatangan orang-yang-ntah-dari-mana. Namun tidak lokek untuk melempar senyum.
Ah, ini momen sukar.
Wajah-wajah itu ibarat mesin masa yang menghantarkan aku kembali ke zaman lalu. Zaman hingusan, zaman kanak-kanak riang yang tidak pernah memikirkan masalah kehidupan.
Cuma, kami dari dunia yang berbeza.
Aku punya dua belahan jiwa yang menyuapkan segala-gala.
Namun mereka, cukuplah dengan apa yang ada.
Menguatkan diri dengan senyuman yang paling ikhlas, sambil menahan molekul-molekul air yang berasak-asak mahu melaju.
…
“Panggil
ummi je.”
Menarik.
Rasa selesa. Bermulalah sesi sembang-menyembang seperti ibu dan anak.
Bermacam-macam yang ditanyakan. Aktiviti, kebajikan, bantuan...
Sampailah kepada satu persoalan.
Sampailah kepada satu persoalan.
“Jiran-jiran kat sini macam mana?”
Ummi
tunduk, mulut mengukir senyum.
Ok, dah
faham.
Tak perlu
bicara panjang.
Rezeki yang berkat;
Bila sedikit, rasa cukup, Bila banyak, diagihkan-agihkan.
Rezeki yang berkat;
Bila sedikit, rasa cukup, Bila banyak, diagihkan-agihkan.
…
Waktu untuk pulang.
Muka-muka comel menghulurkan tangan, bersalaman. Redup matanya, suci hatinya, sayu jiwanya.
Muka-muka comel menghulurkan tangan, bersalaman. Redup matanya, suci hatinya, sayu jiwanya.
“Bye,
assalamualaikum.”
Momen paling sukar.
Seperti
biasa, kalau bertarung, aku pastilah kalah dengan molekul-molekul jernih itu.
Entah kenapa, aku rasa wajah-wajah itu dengan tulusnya mengingatkan aku kepada Tuhan.
Terima kasih. Kerana telah memulangkan jiwa hamba itu ke tempat asalnya.
…
Tuhan
selalu
ingatkan aku satu golongan ini
yang telah ajari aku kata syukur
yang telah iringi aku momen indah
yang telah temani aku muhasabah
yang telah ajari aku kata syukur
yang telah iringi aku momen indah
yang telah temani aku muhasabah
Tuhan
rasa kasih
yang Kau beri
aku akan
kongsi
aku bukan
hidup sendiri di bumi
bukan nafsi-nafsi
bukan nafsi-nafsi
Tuhan
rahmati
mereka seadanya
cukupkan
mereka sewajarnya
cuma ini
aku demand.
Bolehkan?
Bolehkan?
__________________________
“Demi yang
mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan
menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi
keyatiman serta kelemahannya…” (HR
At-Tabrani)
No comments:
Post a Comment