bismillah.
[loser] |
Kadang-kadang anda
mungkin rasa loser dengan apa yang anda buat. Tidak kira dalam soal pelajaran,
dakwah dan tarbiyyah, mahupun pencapaian-pencapaian anda di dalam bidang
ko-kurikulum serta bidang-bidang yang lain yang anda usahakan.
Mungkin anda juga sering bermonolog sendirian: 'apa yang telah aku buat?' 'adakah aku telah menyumbangkan sesuatu kepada Islam?' 'mengapa aku tidak melihat sebarang perubahan kepada orang-orang di sekeliling
yang telah diseru ke arah kebaikan?' 'hah, program tak ramai orang datang? Kenapa, mengapa, bagaimana, adakah dan
segala persolan beratur di minda anda.
Dan anda akan mula rasa loser.
Kerana kadang-kadang
anda menyukat rasa loser itu dengan ukuran pandangan masyarakat sekeliling
anda, dengan sukatan manusia biasa yang mempunyai pelbagai expectation,
tanggapan dan tidak kurang juga yang sarkastik.
Tetapi jangan risau. Bukan anda seorang sahaja yang loser. Mari kita lihat contoh mereka-mereka sebelum kita yang juga merupakan seorang
'loser'.
1. Nabi Yusuf
Jika kita hidup pada
zaman Nabi Yusuf, kita mungkin akan merasakan bahawa beliau seorang 'loser'. Tidak disukai abang-abang, dicampak ke dalam perigi, terpisah dengan bapa
kandung, digoda oleh isteri pembesar, dan akhirnya meringkuk ke dalam penjara.
'The perfect loser'. Mungkin itu pandangan anda.
Tetapi tidak bagi
Allah. Bagi Dia Yusuf seorang yang istimewa. Tatkala semua manusia
menganggapnya sebagai loser, Allah mengangkat baginda sebagai pembesar di Mesir
dan memberi kedudukan yang mulia di sisi-Nya.
Dan Yusuf kelihatan
sangat gagah dan tampan di situ.
2. Kisah Rasulullah dan Zaid bin Harithah di Thaif
Siapa yang tidak tahu
kisah ini, kisah di mana kaki Rasulullah kesayangan anda telah berdarah akibat
dilempar batu oleh penduduk Thaif yang tidak mahu menerima dakwah. Rasulullah
mengesat darah yang mengalir dari kakinya, bimbang darah itu menitis ke bumi kerana tidak mahu bumi Thaif menjadi
saksi bahawa mereka yang 'masih belum beriman' menyakiti baginda, lantas
mengundang kemarahan Allah.
"Sesungguhnya
mereka tidak mengetahui. Siapa tahu mungkin mereka yang akan mengungkap kalimah
la ilaaha illallah nantinya datang dari keturunan ini?" Dan Rasulullah
tidak berhenti mengungkap doa.
Anda rasa ini ialah
loser. Kenapa tidak saja meminta pertolongan malaikat melemparkan gunung ke
atas mereka? Biar mereka rasa. Mereka sudah terlalu jahat kepada baginda.
Loser? Allah wa
rasuuluhu a'lam.
Selepas baginda wafat,
sebahagian ummat Islam keluar dari deen dan keadaan di jazirah Arab pada waktu
itu kecoh dan kacau. Wujud juga beberapa kumpulan yang menentang Islam yang sewaktu itu di bawah
pimpinan khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Tetapi anda tahu tak siapakah yang
memberi sokongan yang kuat kepada khalifah?
Penduduk Makkah dan
Thaif. Ya, yang anda rasa dah takde harapan tu.
Mereka mempertahankan
Islam dengan bergaya di ambang kekacauan itu.
Dan banyak lagi
kisah-kisah loser yang lain. Kisah perjanjian Hudaibiyah, Perang Yarmouk dan
sebagainya.
Oh ye, tak lengkap pula
rasanya jika kita terlepas pandang kisah-kisah loser abad ini. Ye lah, dah
zaman millenium kan, ada lagi ke kisah-kisah loser?
Ada.
1. Kemusnahan WTC
Satu dunia kecoh dengan
peristiwa ini dan menuduhnya didalangi oleh orang Islam. Arghh, losernya. Semua
nak tuduh orang Islam. Apa –apa yang berkaitan dengan bom dan keganasan, semua
orang Islam yang buat. Ish.
Loser ke ummat Islam?
Tak. Selepas kejadian
tu, kan berbondong-bondong rakyat Amerika memeluk agama Islam. Pada mulanya,
mereka mesti rasa curious kenapa semua orang tuduh orang Islam yang buat. Lepas
dah kaji Islam secara mendalam, mereka tak percaya propaganda yang disebarkan
kerajaan mereka. Mereka masuk Islam dengan kepercayaan yang teguh dan iman yang
mengakar kuat.
2. Filem ‘Innocence of
Muslim’
Kurang hajar betul Sam
Bacile ni, sesuka hati je buat filem yang menghina Rasulullah. Ish, losernya. Kenapa
dari dulu lagi akan selalu ada orang yang tak puas hati dengan Nabi? Lukis kartun Nabi la, bakar Al-Quran la.
Loser ke ummat Islam?
Tak langsung. Ketinggian
martabat Rasulullah bukan diberikan oleh manusia, tetapi oleh Allah. Fuh, kalau
Allah dah bagi pangkat yang mulia kat Nabi, takde maknanya orang lain nak
rendah-rendahkan. Sudah termaktub dalam kitab, untuk Rasulullah- maqaman
mahmuudan (maqam yang terpuji). Tak boleh ubah.
Dan mesti masyarakat barat tertanya-tanya, kenapa la dari dulu selalu je ada orang yang nak buat
sesuatu untuk insult nabi? Mesti la orang ni istimewa dan ada sesuatu yang
tiada pada orang lain.
Haa, mesti mereka curious nak tahu kan? Itu kan sikap mereka, suka mengkaji dan mendalami sesuatu. Mana tahu,
bertitik-tolak dari peristiwa ini, mereka akan mula mengkaji tentang Rasulullah
dan pada akhirnya, mereka pasti akan mengetahui bahawa keperibadian Rasulullah
tersangatlah mantap dan ‘osem’.
Kan?
Allah wa rasuuluhu a’lam.
...
Kalau mengukur loser dari neraca timbangan manusia, memang kita akan rasa loser. Dah study bagai nak rak, tapi
tak boleh score, aduh, memang rasa loser habis.
Tapi itu di sisi
manusiawi kita dan orang lain.
Kalau kita belajar
dengan niat yang ikhlas, semuanya kerana Allah, dah study sungguh-sungguh, tapi
result tak best, semuanya kembali kepada Allah.
Allah tahu yang
terbaik.
Kita sibuk berdakwah
dan mengajak orang kepada kebaikan, tapi takde seorang pun nak ikut, jangan
rasa loser.
Kita hanya mampu
berusaha, segalanya dikembalikan kepada Allah, Dialah yang maha memberi
hidayah.
Jangan sesekali
mengukur tahap loser itu mengikut logik akal kita, tapi ukurlah dengan
pandangan Allah. Allah tak melihat hasil, tetapi Allah lihat usaha dan keikhlasan yang kita berikan. Segala-galanya lillaahi taa'la.
Kita tidak mahu mengikut jejak langkah makhluk yang berbicara seperti ini:
Kita tidak mahu mengikut jejak langkah makhluk yang berbicara seperti ini:
“Aku dari api, dia dari
tanah. Maka aku lebih mulia dari dia.”
Berbicara mengikut logik akal semata-mata, kadang-kadang mengundang padah.
Semoga Allah sentiasa memberi kita petunjuk.
bace 'qatrunnada90' igtkn qatrun engin... rupenye karyawanita berkaliber syuhada Roslan :)..
ReplyDeletejzkk for sharing.. nk share ngn kekwn jugak :)
THIS IS GOOD :)
ReplyDeleteJZKK :)
@hamba Allah: karyawanita la sangat. heh. btw, ni ummu kan?
ReplyDelete@inspector sahab: wa iyyak.