Pages

Monday, October 1, 2012

Makcik, jangan rembat pahala sorang-sorang!



Dah masuk Zohor ni. Pergi la solat dulu. Abah lambat lagi katanya, mungkin dalam setengah jam lagi.

Dia mengerling jam di tangan. Dan juga barang-barang belian yang bersepah di tepi.

Ok, nak gi solat dulu la. Tengokkan barang-barang ni eh.

Orait. Masuk ikut pintu kecik kat sebelah masjid tu tau, dekat sikit.

Angguk.

Perempuan jalan sorang-sorang kadang-kadang banyak mata kerling pandang tak berkelip. Tak tahulah kenapa. Rasanya macam dah tutup aurat sesempurna mungkin. Lengkap dari atas sampai bawah. Oh, mungkin masing-masing kena hayati firman Allah suruh tundukkan pandangan. Adam dan Hawa, aplikasinya untuk semua.

Tak lama menapak, dah sampai masjid. Ada la dalam dua tiga orang baru nak mulakan solat. Masuk dalam masjid, terus ke bilik air ambil wudhu'. Masa nak angkat wudhu' tu, ada dua orang rakan sebaya masuk bilik air. Sambil bergelak ketawa, bersembang mesra. Pastu ada sorang makcik tengah menikmati masa-masa 'bermain air'. Khusyuk.

Dua rakan sebaya agak meriah bercerita. Seronok barangkali dengar cerita dapat bonus. Haha. Sambil sembang kencang tangan kiri sibuk picit tiub. Pencuci muka mungkin.




Busshhhhhhh.....

Air mengalir laju. Membuak-buak keluar. Kawan tengah seronok menyembang dan cuci muka.

Ah, ni yang tak tahan ni. Tak kisah la nak bersembang ke apa ke, tapi kalau tak guna air tu, tutup la dulu. Hish.

Tapi ni dalam hati je. Suara tak keluar, tersekat kat kerongkong.

Tiba-tiba makcik tadi datang, terus dia tutup paip air tu. Makcik tutup dulu eh, kalau nak guna baru buka balik.

Dan dia tetiba rasa zuppp!

Makcik ni dah mendahului.

Dia dok sibuk membebel dalam hati, membenci, tapi makcik ni dah siap ambil tindakan. Dia masih berteori dalam hati, tapi makcik ni dah laju beramali. Dia teragak-agak mahu mengubah dunia, tapi makcik ni dah pun ubah dunia.

Dia baru nak bertarik-tali dengan pahala, makcik ni dah pun rembat pahala masuk poket dia.

Aduh. Melepas. Pahala dah melayang.

Eh, belum. Ada cara lain.

Makcik, apa kata kita solat berjemaah?
Jom.

Ahah!


_____________________________
Ideas can't change the world unless we act on them- Alijah Gordon

2 comments:

  1. Replies
    1. syaimaa', mari keluar dari dilema.
      bukan apa, rugi. asyik ternganga je tgk kocek org lain penuh dgn pahala
      :D
      tak gitu?

      Delete