bila tengah jemur kain, abang lori sampah lalu, pasang lagu tangkap lentok. aduhai. makcik-makcik yang tengah bancuh susu untuk anak, atau siapkan sarapan, atau sedang jogging untuk lebih sihat pun mesti syahdu seposen dua mengenang kembali memori daun pisang.
abang, lain kali pasang lagu yang..kalau orang-orang macam saya ni tengah lalai kembali ingat Tuhan.abang round satu taman ni, konfem pahala boleh collect free-free je.
..
kalau tanya orang, mak keje apa dia jawab mak saya suri rumah je..rasa nak bagi....haih.je? kenapa je? cuba try duduk rumah jadi suri rumah sepenuh masa, konfem jenuh tiap hari fikir nak masak apa, menu dari pagi sampai malam karang, jemur kain, lipat kain, kalau ada baby lagi laa, hantar anak sekolah, jemput anak balik sekolah, hantar pergi tuisyen, sapu satu rumah (kalau rumah banglo lagi laaa).
tu belum masuk bab ibu-ibu atau ummi-ummi tarbiyyah. nak bawak usrah, nak ikut usrah sendiri, nak pergi program sana-sini, mesyuarat itu mesyuarat ini.bila masa nak baca bahan usrah, buku-buku tambahan lain, nak tengok internet baca berita seluruh dunia, berita negara islam.nak tulis blog lagi (kalau dia blogger laaa).
mau tak cukup tanah.
lain kali jangan sambung je kat blakang tu.biar profesyen suci tu jadikan kita bangga.sebab bila sebut aje mak, itu sebenarnya bukan kata nama. kata kerja mungkin. tak pernah lelah 'bekerja' untuk anak-anak walaupun kadang-kadang cucu-cicit dah beratur.
aih.air susu setitis pun tak boleh dibalas.besar pengorbanan.kendonglah mak pergi tawaf tujuh pusingan sekalipun, takkan mampu.
..
kalau kita lagho sangat dalam sehari (baca:kurang ingat Tuhan) pernah tak rasa malu nak makan rezeki yang Tuhan bagi?
rasa macam Tuhan perli; eleh, tadi bukannya nak ingat aku, nak bersyukur ke apa ke, pastu sekarang nak makan makanan yang aku bagi?
aduh.
(39:53).ok, minta ampun, jangan putus harapan.yang dizalimi adalah diri sendiri sedangkan Tuhan tak pernah rugi pape.
jangan putus asa nak jadi baik.Tuhan pun tak pernah putus bekalkan oksigen kat dua lubang hidung sehari-hari.
selagi mana bernyawa,usaha! nak jadi baik di sisi Dia.
..
budak-budak yang sangat comel memang ajaib.kalau tengah marah rasa nak senyum.kalau tengah boring rasa tak boring dah.haha.
tipulah kalau cakap tak nakal, nama pun budak-budak.kalau diam je mesti tak berapa nak normal, kalau adhd, bawak pergi jumpa doktor.
kalau nakal sikit sikit, menggegak gempitakan rumah sekali-sekala, menstunamikan rumah sebulan sekali, normal lah. tak gitu kak? ahah.
mereka kan; malaikat kecil kiriman Tuhan.
cumanya jangan lupa tumpahkan juga warna-warni rabbani ajaran Tuhan kat atas kain putih tu.biar nakal-nakal pun dengar kata. biar nakal-nakal pun hormat orang.
biar nakal-nakal pun, kenal Tuhan dan nabi-nabi.
biarlah kain putih kiriman Tuhan tu cantik dicorakkan; bersama nakal-nakal manusiawi yang selayaknya.
...
dia sememangnya sangat sukakan binatang. :)
#inirandomrant.abaikan.
salam'alayk
ReplyDeletesyuuuu.. rindu!
random#2 pls!
(boleh baca kehidupan syu kat kampung, keke)
;)
salam, umy!
Deleterindu juga T__T
random 2?
err..tgk dulu :D
moga baik-baik saja di taman ilmu dan budi!