bismillah
dalam hidup ni, sepanjang dua-puluh-dua-tahun rupanya telah banyak berhutang. paling besar hutangnya pastilah dengan Allah, maha pemberi walau tidak meminta, yang maha mencukupkan segalanya.hutang-hutang dengan ibubapa yang sudah membesarpanjangkan, mendidik dan menyekolahkan, menahan keperitan kepala batu seorang anak perempuan yang boleh tahan...
berhutang lagi dengan teman-teman sekeliling yang banyak menghulur dan mengirim bantuan, mendengar segala bebelan dan rungutan, bersama-sama di atas satu jalan yang diyakini kebenarannya.walau tahu saya tidak sempurna, mereka tetap terima saya seadanya, tidak pernah lelah menebar kasih-sayang yang manis dan berkongsi tangisan yang..menguatkan.
berhutang dengan universiti berbumbung biru, dengan para ustaz, ustazah, doktor, prof yang datang dari seluruh pelusuk dunia, berbagai warna.mengajar tanpa syarat,memberi dengan seikhlas mungkin.bumbung biru menjadi saksi proses memanusiakan seorang syuhada yang lebih matang, yang lebih mengenal erti hidup dan lebih penting tujuan hidup; agar lebih tegar untuk menyebarkan salaam kepada dunia dan seisinya.
dakwah dan tarbiyyah juga adalah salah satu pemiutang terpilih.ahh, tidak dapat digambarkan bagaimana saat pertama kali mereka datang menjentik iman dan hati, menyental daki-daki jahiliyyah di dalam diri.mengajar seorang insan untuk menjadi baik bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi juga membaikkan orang lain.
dan senarai pemiutang beratur panjang.
sebenarnya point utama yang ingin ditekankan ialah ketidakmampuan saya untuk membayar hutang-hutang ini.kalaulah semua ini memerlukan bayaran wang ringgit. sudah pasti saya sudah jatuh muflis sebelum harinya.
the least yang dapat saya buat; saya tidak pernah lupa kepada Tuhan pemilik sekalian alam supaya sentiasa merahmati para pemiutang yang banyak berjasa, yang tidak pernah meminta sebarang balasan.kamu semua boleh claim semua pahala yang berganda-ganda di hari pembalasan kelak.masa tu, saya yakin tiada satu pun yang Allah akan terlepas pandang dalam buku catatan amal.
...
terima kasih
pemberian yang..aduhaiii
gift of life
...
dan dengan muka tak malunya; saya sekali lagi ingin meminta-minta.
kualalumpur-kuwait-mesir.
tolong doakan saya; dan musafir saya. tiga belas oktober dua ribu dua belas, tiga suku pagi.
pesanan: tak jauh pun.bukan ke kita masih memandang langit biru yang sama? :)
No comments:
Post a Comment