Pages

Wednesday, September 12, 2012

pandang ke hadapan

bismillah

-dream big-

perjalanan harus maju ke hadapan.cuma sesekali pandanglah ke masa lalu untuk diambil ibrahnya, tidak mengulangi sebilangan kesilapan yang pernah dilakukan.

berbahagialah dengan umur sekarang, dan bekerja keraslah untuk menikmatinya mengikut definisi aqidah yang telah Tuhan bicara.

hidup ini punya visi.visi terbesar untuk masuk ke jannah dan visi-visi serta misi-misi kecil ikut bernaung dengan selamat di bawah rimbunan visi terbesar tadi. rancangan untuk mencapai visi dan misi perlu diatur dengan teliti supaya hidup lebih terarah dan tidak tersasar jauh; dengan tipu helah kelazatan duniawi yang pada akhirnya pasti akan sirna.

raih keseimbangan antara pelbagai watak yang membawa visi dan misi. watak seorang hamba, daie, anak pelajar dan watak-watak lain yang peranannya tidak kurang pentingnya; watak sebagai masyarakat yang bertanggungjawab misalnya, tidak hanya tertumpu kepada kerja-kerja yang bagus, tetapi juga cuba melaksankan tugas-tugas yang suci.

dan belajar untuk 'welcome the unplanned', kerana itu salah satu ciri hamba yang redha dengan segala sesuatu yang Tuhan tetapkan; pastinya itu yang terbaik antara semuanya.

jangan tinggal muhasabah. jangan dikira pahala-pahala yang dilaburkan, tetapi cuba audit dari sekecil-kecil hingga sebesar dosa yang dikendong dan jiwa suci yang disampahi.

jujur dengan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment