Pages

Monday, February 18, 2013

rayuan hamba kerdil berkasut pink


Kasut pink yang penuh debu diketuk beberapa kali di muka pintu sebelum dibawa masuk ke dalam rumah. Huh. Hari-hari lap pun masih berkeadaan sama. Penuh ghubar dan habaa'.

Beg besar dan berat diletakkan dengan penuh malas ke atas katil. Penat jugak hari ni. Penat berebut nak naik public. Tolak sana tolak sini. Mujur badan Asia mampu meloloskan diri. Di celah-celah dan akhirnya, mampu tersenyum lega mendapat tempat duduk.

Nikmat.

Mata terpandang laptop yang sentiasa terbuka di atas meja. Kemudian berpaling ke jam di tangan. Ada masa lagi ni. Mulalah pengembaraan ke alam maya. Menjelajah dari satu dunia ke satu dunia, menggunakan hujung jari. Dah duduk jauh-jauh macam ni, haruslah tak boleh lepas dari facebook, email, skpe dan lain-lain.

Facebook. Antara yang paling wajib. Boleh tengok gambar family dan kawan-kawan. Boleh update berita-berita baru, dari serata dunia. Dan juga mendapat undangan kahwin teman-teman sebaya. Hmm, dah nak kawin rupanya diorang ni. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam borak sama-sama dalam keadaan gelap lepas light off kat hostel.

Dan akhirnya mata tertancap pada tulisan-tulisan di sebelah kanan skrin. 'Bintu Abdul Rahman birthday is today'. Eh, hari ni ke? Terus tengok kalender. Haah laa. Boleh lupa plak.

"Selamat hari lahir, sahabat." Satu ucapan lahir dari dalam hati, sambil tersenyum melihat gambar yang tertampal di dinding; gambar bulatan gembira mereka satu masa dulu. Teman yang itu, seperti selalu akan tersenyum simpul di dalam gambar.

Dah 23 kan kita? Alhamdulillah atas nikmat Tuhan. Dan terima kasih jugak kat Tuhan beri kita peluang grad sama-sama. Pejam celik pejam celik. Suka duka jatuh bangun tangis tawa tergolek rebah. Macam-macam. Serba-serbi ada macam abc.

 Haha. Cakap sorang-sorang dengan gambar. Boleh la. Terdesak duduk jauh macam ni.

Allahuakbar allahuakbar!

Oh, dah Maghrib. Pangkah facebook dan yang sewaktu dengannya. Ada yang lebih utama untuk ditunaikan.

...

Lagu Intentions Native Deen menjerit. Dalam kuyu-kuyu, mata digagahkan untuk memandang skrin handphone. Pukul 4 dah.

Tolak selimut tebal, tolak perasaan malas, tolak panggilan katil dan tilam yang empuk. Supaya nanti tertolak masuk ke dalam kebun-kebun yang penuh osem dijanjikan Tuhan di hari perjanjian.

Dalam sujud terakhir, ada permintaan dan rayuan khusus dari hamba kerdil ke hadapan Tuhan.

"Tuhan, aku ada sahabat. Sahabat yang aku paling sayang. Rahmati dia selalu, Tuhan. Permudahkan urusan kehidupannya di dunia dan juga akhirat. Berikan dia kesabaran untuk menjalani kehidupan di dunia demi mengumpul bekal untuk hari kemudian. Limpahkan kasih sayang-Mu ke atasnya dan rezekikannya dengan nikmat kesihatan, wahai Tuhan."

"Ampunkan segala dosa-dosanya dan bukalah pintu taubat-Mu ke atasnya. Dan selamatkannya dari azab api neraka."

Ameen.

Dalam kepala, tertera memori-memorinya bersama temannya itu. Jelas. Dan satu benda yang pasti, rindu datang menyinggah di sanubari.

...

Dan dia enggan untuk mencoretkan sesuatu di dinding temannya itu. Kerana dia tidak memerlukan itu untuk mengingatkannya tentang ukhuwwah.

Cukuplah dengan alunan rabithah yang dibacanya setiap hari.

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

"Saksikanlah, aku menyayanginya kerana Allah!"




memori hari jubah


___________________
you my friend
i'll never stop being your friend
don't ever stop being mine.

No comments:

Post a Comment