" Woi, bangun la!"
Fikri tersentak. Terpisat-pisat dia bangun, cuba membesarkan bukaan kelopak
mata. Satu lembaga berbaju Melayu dan berkopiah berdiri. Betul-betul di depan.
Dicapai Samsung SIII. Dan matanya terbeliak.
" Kau biar betul? Baru pukul 5.45," getus Fikri, tak puas hati.
Dan lembaga itu tersenyum.
"Subuh dah masuk. As-solaatu khairumminan naummmm!!!" lembaga
berkopiah menjerit di telinga. Kemudian dia berlalu. Selamba.
Fikri telan air liur. Biar betul dia ni.
Dulu Subuh pukul 6.55, sekarang 5.45?
...
"Fatih, dah lama la kita tak tengok movie. Petang ni, jom? Aku ada
copy cerita baru dari budak bilik sebelah."
"Cerita apa?" Mata Fatih tekun tak berganjak.
"Step up 3. Aku dengar cerita tu best gila. Lagi best dari 'Born to
Race' kau." Fikri cuba mengipas.
"Tak nak la." Jawab Fatih. Acuh tak acuh. Minat tak minat. Dan
mata masih terpaku.
"Kenapa?"
"Aku nak habiskan buku ni. Aku dah janji nak pulangkan kat classmate
aku besok."
"Sebenarnya buku apa yang kau baca tu? Khusyuk semacam je. Pelik pulak
aku tengok. Mengalahkan orang nak exam."
Fatih diam. Masih memandang di muka surat yang sama. Kemudian dia
mengangkat buku kuning itu perlahan-lahan separas muka, sambil matanya tidak
berhenti membaca baris-baris cerita.
Sultan Muhammad Al-Fatih: Penakluk Constantinople.
Fikri telan
air liur lagi sekali. Cuma kali ini rasa berpasir.
Dulu
marathon movie, sekarang berteman buku?
...
"Best betul la tazkirah Suhaib Webb tadi. Banyak betul input yang aku
dapat," muka Fikri cerah bercerita sambil tangan ligat memulas tombol
pintu bilik.
"Kau apasal senyap je dari tadi? Kau tak puas ke dengar tazkirah
tu?" Fikri berpaling, menatap wajah Fatih yang tiada riak.
“Memang aku tak puas,” Ujar Fatih perlahan.
“Kenapa?”
“Selagi ianya belum terbumi aku takkan puas. Aku tak nak jadi orang yang
tamak dengan ilmu tapi kedekut nak beramal. Aku takut nanti Allah tanya. Kau
mesti ingat kan surah As-Saff ayat dua dan tiga?”
“Ya, aku ingat.” Fikri tunduk. Sebab aku yang beritahu kau hari tu.
Diam.
Kedua-duanya berlalu ke compartment masing-masing.
Kemudian Fikri sayup-sayup mendengar alunan surah Al-Mulk.
...
Malam tu Fikri tak boleh lelapkan mata. Perubahan yang berlaku kepada Fatih
membuatkan dia malu dengan dirinya. Malu kepada tarbiyyah dan ilmu-ilmu yang
diperolehinya sepanjang berada di dunia DnT.
Dan yang lebih utama, dia berasa malu dengan Allah kerana dia telah
memandang rendah kepada Hidayah-Nya.
Seminggu yang lalu, dialah yang bertanggungjawab mengajak Fatih ke daurah
umum tersebut walaupun pada asalnya hanyalah ajak-ajak ayam. Entah macam mana,
Fatih mahu menghadiri daurah itu tetapi dia langsung tidak meletakkan sebarang
harapan kepada Fatih kerana dia pasti roomatenya itu sudah terlalu pekat dengan
jahiliyyah.
Dah takde harapan kata orang.
Dia hanya memandang enteng kehadiran Fatih. Daurah itu telah dilaluinya
berkali-kali semenjak terjebak ke dalam tarbiyyah. Dia sudah menghafal isinya,
sudah menghadam notanya, malah tidak keterlaluan jika dikatakan dia sudah jemu
melaluinya berulang kali. Setiap kali semester baru bermula, tajuk inilah yang
menjadi juadah pilihan yang akan dihidangkan kepada adik-adik baru.
Daurah Sayonara Jahiliyyah.
Dan nampaknya Fatih benar-benar telah melambaikan tangannya kepada
jahiliyyah malah telah menceraikannya dengan talak tiga. Dia juga telah
berusaha keras untuk membumikan segala ilmu yang dihadam. Terngiang-ngiang
suara Fatih ketika bersembang bersamanya semalam di kafe.
Dulu aku ingat, Islam ni hanya untuk orang-orang macam kau je. Orang-orang
usrah, orang-orang yang selalu berprogram ke sana ke mari. Busy sangat. Aku jadi
takut. Aku takut nanti aku akan jadi busy macam tu kalau aku dekat dengan Islam.
Nanti aku takde masa dah nak main game, tengok movie, main basket. Dan aku
paling takut kalau orang label aku ‘budak baik’, ‘kaki masjid’...
Padahal, Islam tu the way of life kot. Bukan semata-mata solat, puasa,
pergi masjid. Bukan semata-mata ajak orang buat baik. Tapi seluruh kehidupan
kita 24 jam adalah ibadah. Kerana Allah. Tak kisahlah kau nak main basket
hari-hari pun, asalkan kau dah solat Asar dan pakai tutup aurat. Tak kisahlah
kau nak main game pun, asalkan tak lagho, masih jaga hak-hak Allah dan show
respect to time. Tak lebih-lebih.
Dan berubah memanglah susah. Nak berdisiplin dalam beramal, pergh lagilaa. Tapi
slow-slow, insyaAllah.
Lepas ni aku tak kisah pun kalau orang nak label aku ‘budak baik’. Kalau dengan
label tu yang boleh bawak aku ke syurga, tengok wajah Allah.....
Memang logam dia ni kuat. Tu baru bukak mata separuh tu, tapi tahap kefahaman...
Dan yang paling tak
boleh lupa bila dia cakap,
Kau tolong tegur aku
kalau aku buat salah, kalau ada mana-mana yang silap. Kau jangan masuk syurga
sorang-sorang...
Bab ni Fikri rasa nak
nangis.
Allah je tahu betapa
sikitnya amal fardi aku. Quran aku, zikir aku, amal hati aku. Dakwah aku. Betapa
aku ikhlas ke tak dalam beramal. Sejauh mana aku dah islah diri aku sebelum aku
islah orang lain. Adakah aku amanah dengan masa 24 jam yang Allah bagi ataupun
banyak buat benda lagho bila aku sorang-sorang. Betul ke aku buat kerja-kerja
dakwah dan tarbiyyah ni kerana Allah ataupun sebab ramai orang buat ataupun
lagi dasyat lagi supaya terangkat kewajipan tu. Memang orang nampak aku orang
baik-baik, tapi aku sendiri yang tahu diri aku ni macam mana.
Dan tentunya Allah yang
Maha Tahu betapa jeleknya aku sebagai hamba. Dan daie.
Allahu rabbi.
Fikri bangun dari
katil, menyarungkan selipar ke bilik air. Sekembalinya dia,
“Allahuakbar”.
Tangan diangkat tanda
menyerah diri kepada Tuhan. Dibacanya ayat-ayat Al-Quran dengan tenang. Cuba menghayati
kalam-Nya yang indah. Dalam sujud terakhir, Fikri berbicara panjang kepada
Tuhan, mengadu.
Benarlah. Saat yang
paling indah dalam hidup ini ialah apabila dahi melekap di tempat sujud. Saat
paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya. Saat pengakuan jujur dari diri yang lemah
ke hadapan Tuhan yang Maha Perkasa. Jujur bermuhasabah, bukannya membela diri.
Dan di akhir doanya dia
berbisik, “semoga Allah memberi ruang dan peluang untuk aku menjadi hamba yang
lebih baik.”
Satu harapan kepada
Tuhan untuk hari esok.
Usai solat, dia
menjengah ke compartment sebelah. Fatih tertidur sambil memeluk buku
Saksikanlah bahwa Aku Seorang Muslim.
“Terima kasih, Fatih. Kau
dah lempang aku laju-laju. Aku janji, kita akan makan buah sambil baring-baring
tengok bintang kat syurga nanti!”
_____________________________
Belum sampaikah lagi
masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi
peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang
diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti
orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu
melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya
orang-orang yang fasiq (derhaka). (57:16)
No comments:
Post a Comment