Pages

Tuesday, February 26, 2013

teori

bismillah

melihat dan mendengarkan pembentangan tesis mengenai salah faham terhadap persengketaan para sahabat selepas pembunuhan uthman membuatkan saya sukar untuk tidur lena. fitnah yang terjadi selepas 6 tahun pemerintahan uthman sangat dasyat dan menakutkan; sehingga membawa kepada pembunuhannya yang sangat kejam.

buka saja buku sejarah (yang boleh dipercayai tentunya) mengenai perang jamal dan perang siffin. di situ akan terjawab siapakah yang memulakan perpecahan dan huru-hara.

sirah dan sejarah, sesuatu yang akan berulang sepanjang zaman.

...

dan situasi politik di malaysia (dan mesir juga) turut mendapat tempat dalam kerunsingan ini.

saya cuma ingin berbicara sesuatu; meskipun saya bukanlah yang paling terer dalam bab ini.


lambakan maklumat mengenai politik dan pilihanraya yang disuapkan kepada kita menerusi alam maya dan segala sumber yang ada kadangkala mampu membuatkan kita terlupa dan terlepas pandang mengenai adab-adab seorang muslim yang telah Islam gariskan.

adab tutur kata, adab memberikan pandangan dan adab dalam berbeza pendapat seolah-olah telah dihazafkan dari kamus kehidupan kita, asalkan kita menang.


saya ada teori ringkas.

jika matlamat kita Allah, kita akan jelas dalam segala tindak-tanduk dan perbuatan kita.

di mana-mana, dengan siapa-siapa.



jernih. jelas.




No comments:

Post a Comment