Pages

Sunday, March 31, 2013

etika dalam politik



bismillah. 



"apakah penyelesaian yang sesuai terhadap masalah2 etika dalam politik?" 
(i.e. fitnah, khabar angin, rasuah, penyelewengan undi dsbgnya).

ini adalah persoalan yang ditanya di facebook. dan mungkin saya boleh kongsikan di sini pandangan saya mengenainya. dengan sedikit ubahsuai agar kandungannya lebih mudah difahami. 

"apakah penyelesaian yang sesuai terhadap masalah2 etika dalam politik?"
(i.e. fitnah, khabar angin, rasuah, penyelewengan undi dsbgnya).

jawapan yang paling mudah tentulah kembali kepada prinsip islam dan persoalan iman. kerana tanpa iman yang mantap, usah bicara tentang dosa pahala, syurga neraka serta azab di akhirat yang bakal ditanggung kelak. semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi.

pertembungan antara hak dan batil akan berterusan hingga ke akhir zaman. ya, fitnah di akhir zaman ini sangat-sangat menakutkan, seolah-olah manusia akan melakukan apa sahaja yang dirasakan mampu utk menjatuhkan pihak lawan, termasuk antara dosa-dosa besar seperti fitnah. tidak kurang juga politik lucah, penyelewangan dan sebagainya.

dan masalah-masalah ini bukan hanya berlaku di malaysia, bahkan hampir kebanyakan negara islam yang cuba keluar dari kesempitan pemikiran liberal dan sekular kepada keadilan dan keluasan islam. dan sebagai seorang daie, seharusnya kita bijak membaca dan menebak senario politik yang berlaku di sekeliling kita, tidak kira di malaysia mahupun di luar negara.

negara jiran kita, indonesia contohnya, partai keadilan sejahtera (pks) sering difitnah ahli-ahli parlimennya dengan tuduhan rasuah, menonton video lucah dan lain-lain. terbaru, pak lutfi hasan ishaq, mantan presiden pks telah difitnah dengan begitu teruk dan jelek, namun pks terus melangkah dengan mengangkat pak anis matta sebagai presiden pks yg baru menggantikan pak lutfi. tidak dinafikan, anis matta seorang tokoh yang mepunyai peribadi yang hebat, berkarismatik, dan mempunyai kebolehan menjadi orator yang ulung dan hebat. maka, kita lihat, ini corak permainan politik pks yang bijaksana, jika berlaku satu fitnah kepada kepimpinan pks, partai ini akan segera menggantikan kepimpinan tersebut dengan muka baru yang tidak kalah hebatnya.

di mesir juga ada senario politiknya yang tersendiri. saban hari, semenjak kemenangan dr. morsi dan ikhwanul muslimin, fitnah dan cacian terus disebar di dada-dada akhbar dan tv. jangan terkejut, hatta masalah sampah dan kemalangan kereta api, sebahagian rakyat akan mewiridkan "ini semua salah morsi." sewaktu pengundian perlembagaan baru mesir pasca revolusi, sibuk dicanangkan bahawa dr. morsi gila kuasa, firaun alaf baru, lebih teruk dari mubarak dan sebagainya. satu siaran tv (misr 25- kepunyaan IM sejak menang pilihanraya) dan akhbar al-hurriyyah wa a'dalah (akhbar rasmi FJP) harus bersaing dengan ratusan siaran tv dan puluhan akhbar yang menaburkan cerita-cerita sampah setiap hari dan dihidangkan kepada rakyat yang sukar untuk berubah setelah 30 tahun direndam oleh mubarak dalam pemikiran yang cetek dan jahil.

saya pernah membincangkan isu ini bersama ustaz (rakyat mesir dan ahli IM), katanya: " dr. morsi adalah mukhtaar rabbaniy (pilihan Allah). Allah yg memilih dr. morsi sebagai presiden, bukan rakyat mesir dan ikhwan. di saat pencalonan khairat shater bermasalah, entah dari mana, tiba-tiba muncul seorang yang bernama mohammed morsi, dan ini tidak akan berlaku melainkan perancangan Allah untuk dakwah kita."

seterusnya, mari berbicara mengenai apa yang boleh kita lakukan sebagai seorang daie dan individu muslim. kita sendiri sebagai seorang daie, janganlah menghukum politik dengan sentimen, tetapi haruslah mengukurnya dengan neraca islam yang tepat sepertimana yang terkandung di dalam al-quran dan as-sunnah. di saat yang genting ini, mari menjadi orang dakwah yang ada kesedaran politik (political awareness), iaitu melihat politik sebagai satu juzuk di dalam islam dan mempunyai kemaslahatan besar untuk penerusan dakwah dan tarbiyyah di msia selagi mana politik itu menggunakan kaedah dan strategi yang diizinkan syarak.

berhati-hati sebelum share sesuatu di facebook, twitter dan rangkaian-rangkaian media yang lain. saya kurang gemar melihat gambar-gambar yang diubahsuai (sebagai contoh : najib pakai tudung, dialog-diolog yang direka-reka dan lain-lain). kita tidak perlu untuk menjatuhkan orang lain dengan sebegitu rupa kerana pada hakikatnya beberapa perbuatan mereka sendiri yang tidak begitu cerdik telah membuatkan rakyat mual dan benci. dan saya yakin rakyat ( walaupun bukan semua) telah matang untuk menilai politik malaysia dewasa ini.

akhir sekali, izinkan saya memetik nasihat sheikh abu al-hassan ali an-nadwi yang dirakamkan dalam risalahnya yg bertajuk 'aku ingin berbicara dengan ikhwanul muslimin':

"bukanlah sama sekali kerajaan yang diperoleh itu salah satu dari matlamat mereka. bukan jua salah satu dari tujuan mereka. tidak juga dari tajuk perbicaraan mereka. hanya ia adalah hasil semulajadi untuk dakwah dan jihad...

...jika pada satu peringkat dakwah atau pada satu masa (setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah) tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapat kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya. demi kemaslahatan dakwah. dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, khusyuk dan tulus seperti kita bersungguh-sungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya. kesemua itu dalam keredhaan Allah, kesemuanya pada jalan Allah. kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah."

rahimakallah ya shaikhal kabir.

wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment