bismillah.
Mereka yang 'tergula'. Kecuali si bam-bam.
Alkisah dua hari yang lalu saya telah ‘menggula-gulakan’
mereka.
Tiga sekawan ni (Farhan, Rafiq, Rania) tengah asyik menonton tv. Biasalah,
kalau tahap umur macam ni, mustahil la nak tengok discovery, national
geographic, drama swasta dan lain-lain. Kalau tekan remote, mesti tuju 611-61..berapa ntah saya pun tak tahu.
Tengah mereka khusyuk tu, saya senyap-senyap ambil remote.
Pastu tekan. Nampak
je remote sudah ditawan oleh saya, salah seorang dari mereka menjerit: “jangan
tukar! Aan nak tengok citer ni!”. Uih, bukan main suara.
Lepas dia cakap macam tu, saya buat tak tahu je. Seolah-olah
tak dengar apa yang dia jeritkan.
Kemudian, saya tekan info. Oleh kerana saya
buat tak tahu je, Aan pun duduk depan decorder astro, supaya sensor remote tak
boleh detect. Saya dah tak tahan nak gelak.
Ok, kena buat-buat cool.
Pandai. Boleh tahan. Dan ada strategi.
Saya tekan remote lagi sekali. Rupanya sensor dia tetap
detect. Apalagi, lagi dua orang yang hanya duduk dan lihat dari tadi dah tak
boleh duduk diam. Terus pergi dekat Aan, buat satu barisan depan decorder astro
tu.
Dah macam tengok match bola plak. Tunggu orang nak buat free
kick. Mata Aan kat tv. Mata Rania dan Rafiq pulak mencerun tengok saya.
Ok. Sekarang masanya untuk berdiplomasi.
Bagilah can kakak tengok citer lain pulak.
Tak boleh. Nia nak tengok citer ni. Jangan tukar!
Tak adillah macam tu. Dari tadi dah Nia tengok tv. Giliran
kakak la pulak.
Tak boleh tukar. Jangan! No!
Alaa, Aan dah banyak kali tengok citer ni. Mana aci.
Hishhhhh!
Dan saya surrender.
--
Itu takat value system kanak-kanak. Apa yang penting dalam
hidup mereka ialah kartun, gula-gula, permainan dan apa-apa yang menyeronokkan.
Memang tak cerna la perkataan-perkataan abstrak dan subjektif macam keadilan,
tolak ansur dan lain-lain.
Tapi, ketidakfahaman mereka terhadap perkara-perkara ini
tidaklah begitu merunsingkan. Kerana mereka masih kanak-kanak. Macam yang saya
cakap tadi, value system mereka belum develop sepenuhnya.
Hatta kalau kita meminta mereka membuat pilihan, antara
gula-gula 10 biji dan RM 2, mereka mungkin memilih gula-gula yang cuma 10 biji itu, tanpa mengetahui bahawa
dengan duit RM 2, mereka mungkin boleh membeli 40 biji gula-gula.
Apa yang sedap dan menyeronokkan, itu yang menjadi pilihan.
Umur sebeginilah antara umur yang kritikal untuk
ibu-bapa dan orang-orang sekeliling membentuk pemikiran dan value system
mereka. Dan umur sebegini juga dianjurkan untuk mengajarkan perkara-perkara
asas dalam aqidah. Biasanya mereka akan banyak bertanya. Dan saya tidak suka
orang yang ‘membunuh’ soalan kanak-kanak. Walaupun soalan itu tidak masuk akal
dan mengarut.
Walaupun soalan itu mengenai iron man, oppa gangnam style,
ben 10 dan sebagainya.
Kerana dari persoalan-persoalan inilah kita boleh membaca
pemikiran mereka, apa yang mereka rasa, dan memberi peluang kepada mereka untuk
meluahkan pendapat mereka dan berkongsi. Dan juga peluang inilah yang harus
diambil untuk meluruskan pemikiran yang sedikit menyimpang.
Ya, dengan perbincangan, bukan dengan arahan.
Dah, jangan banyak soal lah. Mama cakap tak boleh, maknanya
tak boleh la!
Arahan. Menggertak dan menakutkan.
Kita tidak memberi ruang kepada rasional mereka. Tidak
menjawab persoalan kenapa. Dan akhirnya wujud generasi rebel. Kerana ruang
perbincangan sudah dikunci rapat.
--
Sekarang sudah panas. Sudah terasa bahangnya. Bendera
berkibar di mana-mana.
Forum-forum, nyanyian lagu yang saya tak suka turut
disiarkan di kaca tv dengan slogan-slogan yang menggelikan hati.
Dan untuk forum-forum itu, pendapat saya, kalau hanya
menjemput orang-orang yang satu ‘kem’ sahaja, baik tak payah berforumlah. Boleh
bincang di dewan, tak perlu tayang di tv pun. Apa hadaf forum tu pun
saya tak tau. Tak boleh cerna.
Serasa saya, biasanya forum ni, akan dijemput ahli panel
yang pelbagai latar belakang. Membincangkan satu isu yang pada akhirnya
keputusan itu akan dinilai oleh para penonton dan mereka berhak untuk memilih
mana-mana pendapat yang sesuai berdasarkan dalil-dalil dan hujah-hujah yang dibentangkan.
Kebebasan untuk membuat pilihan setelah dibentangkan dan diperdengarkan hujah dan dalil akan mendatangkan kepuasan, mendidik rakyat dan masyarakat menggunakan pertimbangan akal fikiran.
Dan untuk yang berkata begini:
Untuk elakkan huru-hara, perlu beri mandat besar kepada parti biru.
Pemikiran sebegini, tingginya...takat buku lali saja.
No comments:
Post a Comment