Pages

Monday, April 15, 2013

perginya dia bukan ilusi.




matanya melilau mencari kelibat orang yang ingin ditemuinya. orang yang diyakini muncul dalam mimpinya, mengganggunya saban malam sejak beberapa purnama yang lalu.

mulutnya menguap, matanya gagah menahan kantuk. bayangan-bayangan itu sering dipentaskan dalam igauan tidurnya menyebabkan lenanya tidak nyaman, otaknya tidak rehat.


jasadnya kaku tetapi sketsa itu rancak menyesakkan otak. dan begitu anehnya dia seakan-akan percaya mainan-mainan itu. percaya pada kemunculan kelibat itu.

padahal kelibat itu telah lenyap dua belas tahun lamanya.

lenyap. tanpa khabar berita. jauh sekali bertegur sapa. oh, tidak. dia lupa. bayangan itu pernah mengirim sesuatu di taman ilusi. tetapi tidak diendahkannya. 

kau sudah gila mengirim ini kepada aku di taman ilusi?

itu yang dibicaranya di dalam hati.

ah, aku tekad. aku akan mencari dia. walau di mana-mana atau gerangan apakah rupanya dia dimakan zaman. aku harus tidur. malam sudah mahu pergi. aku perlukan tenaga yang ampuh untuk misi besar ini di esoknya hari.

dia sudah nekad.

serentak berkokoknya ayam, dia sudah berdiri. sudah berlegar di taman ilusi. dan seluruh warga ilusi membantunya menjayakan misi.

sehinggalah muncul seseorang. dia membawa satu perkhabaran yang...dia benci.

orang yang kau cari itu sudah mati. kelmarin.

mudahnya dia bicara. 

kalau di tanganku ada batu, akan ku lempar ke dia agar diam, berhenti omelannya. 

dia sudah marah. dan sedih juga. sambil sedu-sedan, dia keluar dari taman ilusi. mencari seseorang yang dia percaya-sedari kecilnya. 

bonda, benarkah dia sudah tiada? sudah pergi selama-lamanya?


nafas bonda kelihatan berat. dalam gagah dia menuturnya: benar nak. kelmarin dia diambil Tuhan.

dia tergamam. dunia di sekelilingnya dirasakan mati seketika. 

namun dia percaya pada jujur dan telusnya bicara bonda. bondanya tidak akan mereka cerita bohong. 

dia menahan air panas di tubir mata. dia sudah dewasa. sudah tidak cengeng. dalam diam dia berbisik kepada Tuhan.

kekasihku
aku akur pada takdirmu
cuma- pesan aku
maafkanlah bayanganku itu
jagalah dia sebaiknya 
di alam sana

al-fatihah.

#1989-2013

--
semoga kau damai dan tenang di sana. ampun juga untuk kekurangan yang aku ada. juga tidak lupa huluran terima kasih kerana pernah menjadi sahabat yang baik untuk aku- di zaman hingusan dulu.

No comments:

Post a Comment