Pages

Sunday, February 2, 2014

mencuri aku, meski di tengah ramai

 


KL Sentral, usai Zuhur.

Di antara ramai manusia- yang melaju mahu pulang ke kampong halaman demi meraikan cuti yang panjang- ada satu orang yang telah mencuri aku.

Dengan beg galas yang besar bagai mahu pergi mendaki gunung, perlahan dia mengatur jalannya. Selangkah demi selangkah. Sederhana dan cermat.

Sebelah tangannya dipaut erat. Perempuan yang sudah lebih separuh abad kuat mencengkam tangan itu, bagai tidak mahu melepaskannya sampai bila-bila.

Bila ada yang mahu dibualkan, si dia yang menggalas beg besar itu tunduk, mendekatkan telinganya ke mulut si tua. Biar lebih jelas bicaranya.

Allahu.

Aku seolah-olah sedang melihat tiket syurga diedar secara percuma.

Terus aku minta izin sama Tuhan agar jika jangka hayat aku masih lama, aku diberi kesempatan untuk bekerja keras, atas tiket yang sama.


 
"Dan tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun)."
(17:23)
 
 
“It's a funny thing about mothers and fathers. Even when their own child is the most disgusting little blister you could ever imagine, they still think that he or she is wonderful.”  
Roald Dahl

No comments:

Post a Comment