Pages
Thursday, January 9, 2014
bukan sekadar satu warna -sebuah cerpen-
"Ustazah," Fatihah bagi isyarat tangan 'mari sekejap'.
Ada la tu benda yang nak dibisik.
"Kenapa Fatihah?"
"Tu."
Mata Najwa melihat arah yang ditunjukkan oleh jari Fatihah. Dia sedang menunjuk ke arah Maryam.
Kusyuk Maryam menunduk. Mencatat sesuatu di helaian kertas. Dan Najwa tahu kekusyukan itu bukanlah menandakan Maryam sangat komited dengan apa yang diajarnya di dalam kelas, jauh sekali untuk mencatat segala isi penting yang telah Najwa tuliskan di whiteboard.
Lenguh tangan aku tulis, habis air liur aku terpercik menerangkan itu ini.
Namun, Najwa tersenyum sendiri. Najwa tahu apa mahu buat. Najwa tunjuk isyarat 'biarkan dia' pada Fatihah. Biar Fatihah fokus pada Najwa, bukan pada Maryam. Nanti, Najwa akan 'ajar' Maryam cukup-cukup.
"Ok, sampai sini dulu kelas kita pagi ni. Semua orang boleh naik atas. Nak rehat, tidur, basuh baju, berguling atas bin beg, kemas locker, dan apa-apa lagi yang patut. Yang penting, pukul dua karang tak de yang buat muka sememeh, mata merah, mengadu, "ustazah, mengantuklah.." Itu tidak akan dilayan sama sekali. Mengerti kamu?"
"Ngerti, ustazah," budak-budak semangat menjawab sambil ketawa mengekek.
"Dah, pergi naik atas. Kecuali Maryam."
Maryam terkejut. Bulat matanya memandang Najwa. Seolah-olah berkata: "ustazah, why? what's wrong with me?"
Najwa tahu Maryam cuak. Tapi Najwa buat tak tahu saja. Sibuk Najwa melayan budak-budak lain yang ingin bersalaman sambil mengucapkan terima kasih. Dan Najwa sengaja berbual kosong dengan budak-budak lain. Biar Maryam tertunggu-tunggu ketakutan.
Najwa mengemaskan buku yang berselerak apabila budak-budak sudah naik atas. Yang ada cumalah dia, Maryam dan beberapa budak lelaki yang lalu lalang.
Muka Maryam seperti mengharapkan simpati.
"Kesian pulak aku tengok," Najwa belas.
"Jom, Maryam. Kita duduk kat dalam bilik tu," Najwa menunjukkan sebuah bilik di penjuru bangunan.
Bilik itu berpenghawa dingin dan lengkap dengan semua video CCTV yang dipasang di dalam bangunan. Juga diberi nama 'court room' oleh sebahagian tenaga pengajar yang ada. Najwa pun tidak tahu sangat modus operandi court room itu bagaimana. Apa yang dia dengar, ianya ala-ala kamar perbicaraan di mahkamah.
"Inilah masanya," Najwa berbisik perlahan.
Tiba di bilik itu, Najwa mempersilakan Maryam duduk. Boleh tahan sejuk juga bilik ini.
"Duduk, Maryam," Najwa buat muka paling indah yang dia pernah ada.
"Maryam, cup song kelmarin...was great!"
"Hah?" Maryam bingung.
"Yes, it was great. I saw you. And Hani."
Maryam menunduk malu. Tahulah dia yang ustazah intai dia main cawan kelmarin. Aduh.
Bagi sesetengah orang, cawan hanyalah untuk dibuat minum; diisi cecair yang bergelar minuman. Ataupun dijadikan sukatan untuk mengukur tepung, gula dan bahan-bahan lain untuk mengadun kek. Paling kurang, kalau zaman kanak-kanak, cawan dijadikan alat untuk bina istana pasir atau main masak-masak.
Patutlah Maryam semangat sangat ambil air untuk kawan-kawan semalam. Isi jug putih dengan air masak, ambil beberapa cawan pink untuk dibuat minum, bawa naik atas. Risau kawan-kawan dahaga lewat malam nanti katanya.
Rupanya ada udang di sebalik batu. Ada mentari di sebalik awan. Menari-nari cawan pink itu di atas meja kelmarin. Waktu Najwa naik atas untuk ambil handphone di bilik, budak-budak perempuan tengah berkerumun satu meja di tengah-tengah library. Macam orang kerumun penjual ubat di pasar malam. Meriah. Cuma tidak ada suara menjerit memanggil pelanggan. Yang ada hanyalah bunyi, 'tak, tak, tuk.... dan diakhiri dengan tepukan gemuruh.
Najwa menyelinap perlahan ke dalam library. Kalah McGarrett mahu menyergah Wo Fat. Diam-diam dia memerhati di balik kerumunan gembira itu. Tiada siapa pun yang perasan kehadiran Najwa. Itulah kelebihan kanak-kanak dan awal remaja; seratus-peratus tumpuan diberikan kepada perkara yang menarik dan memikat hati.
Ada dua orang cantik sedang buat persembahan rupanya. Dibawa cawan pink itu ke kanan, ke kiri, ke atas dan bawah, dan gerak tangan itu seiya dan sekata, sambil mulut menyanyikan lagu bahasa inggeris, siap dengan lenggok kepala sekali.
It was perfect. Dan Najwa berlalu dengan segera agar tiada siapa pun dapat mengesan dia.
"Dah lama Maryam practice main cawan tu?"
"Emm, dah lama jugak. Tengok kat you tube, lepas tu cuba ikut dia buat."
Najwa senyum. "Tapi, seriously, Maryam memang hebat. Biasanya ustazah tengok orang buat, habis tercampak cawan tu ke bawah. Maryam memang pro la."
"Tak, ustazah. Biasa je. Hani lagi terer," Maryam merendah diri.
"Ustazah setakat break clap boleh la. Other than that, memang hancur," Najwa cuba memecah ais.
"You know break clap? Seriously? Maryam pun. Sampai sepuluh kan, ustazah?"
Yes. It's already melted. Bertambah lebar senyum Najwa.
"Yup, sampai sepuluh. Seronok kan break clap tu? Sampai gatal tapak tangan, semangat sangat tepuk," Najwa mencari keserasian.
"Eh, alang-alang kita sembang ni kan, best jugak kalau ustazah dapat kenal Maryam lagi, I mean duduk kat mana, sekolah mana, adik beradik Maryam, parents..."
"Oh ok. Maryam duduk kat Nilai, sekolah di SBPI Jempol, duduk asrama."
Maryam berhenti. Ambil nafas.
"Oh, dah biasa duduk asrama lah ni. Emm, adik-beradik?"
bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment